Wednesday, August 10, 2011

Matlamat Puasa


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , boleh tak ustaz tolong berikan pandangan ustaz berkenaan '' Ramadan dan Guru Praktikal " ?


InsyaAllah , saya akan usahakan , setakat kemampuan saya .

Kita sendiri tahu , sendiri maklum bahawa ada pelbagai jenis watak , ada macam macam karenah manusia dalam dunia ni . Ada yang pemarah , ada yang periang , ada yang pendiam .

Sifat ini juga turut ada pada seorang guru atau bakal guru kerana mereka hanyalah seorang makhluq .

Ramadan , bulan penuh kemuliaan dan sarat dengan keberkatan . Justeru itu , mari kita munafaatkan sebaik baiknya bulan ramadan ni dalam mendidik jiwa kita daripada yang baik ke arah yang lebih lebih baik . Be the best among the best .

Sebagai umat islam , kita perlu faham , mengapa kita perlu berpuasa .

Supaya kita berjaya mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa . rujuk surah al-Baqarah ayat 183 .

Disebalik pengorbanan yang kita lakukan , pasti ada matlamat yang hendak kita kecapi .

Misalannya , kita sebagai seorang guru , kita pasti mahu mendidik anak murid menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri .

Begitu juga dengan bulan Ramadan . Pasti ada matlamat disebalik semua ini . Antaranya , yang saya dapat kongsikan disini ;

1 . Melatih diri bersifat sabar .

Sesungguhnya Allah bersama orang yang Sabar .

Lumrah 'alam , kalau anak-anak murid kita bawah umur tu , tak duduk diam ketika cikgu tengah mengajar . Jangan-jangan , kita dulu lebih teruk daripada budak-budak tu . Jaranglah ada budak-budak kalau cikgu mengajar tu dia teliti je dengar . Jarang ... Sebab , memang fitrah budak-budak tu buat silap .

Kita sebagai guru , atau bakal guru kenalah pandai , kena tahu cara memberi pendidikan yang terbaik buat anak anak murid .

Orang tua pernah berkata :

" Jaga seorang anak pun boleh jadi gila . "

Fahamkan kata-kata tersebut . Saya amat terkesan dihati dengan perkataan mereka . Memang mendalam maksudnya . Betul sangat apa yang mereka ungkapkan . Jikalau jaga seorang anak pun sudah boleh hilang kewarasan , apatah lagi ratusan anak ?

Maka , daripada sekaranglah kita kena bermula , khususnya pada Madrasah Ramadan .

Ada " spiesis " cikgu yang suka membawa mulut terhadap anak-anak muridnya yang kurang bijak , ada cikgu yang suka pilih kasih , ada yang mengajar kerana duit semata-mata .

Kita hapuskan sikap negatif , kita ambil yang jernih buang yang keruh . Amalkan puasa secara bersunguh-sungguh , mudah mudahan kita menjadi golongan yang bersabar .

Kalau kata , kita ni pemarah , dalam bulan ramadan , bila kita nak marah , cuba ingatkan kita sedang berpuasa . Kalau kita marah marah , nanti pahala berkurang , berkurang dan berkurang . Bukankah sudah rugi disitu ? InsyaAllah , akan terbantut marah kita tu .

Bukankah ada hadith yang bermaksud ;

" Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak ada pada puasanya kecuali lapar dan dahaga . "

Kita bukan manusia yang terpelihara daripada melakukan dosa .

Apa faedah nya jika ketika kita sedang berpuasa , kita bermaksiat pada Allah .

Maksiat , bukan sahaja berasmara berzina , atau buat perkara yang mengghairahkan .

Apa apa sahaja benda yang Allah larang dan apa apa sahaja perkara yang Allah perintahkan tetapi kita tidak laksanakan , itulah maksiat .

2 . Menjiwai perasaan orang-orang yang lemah :

Bakal guru sekalian , ramadan mendidik kita merasai kesulitan kelaparan dan penghayatan dalam kehidupan orang-orang yang kurang bernasib baik . Misalannya , mereka yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan , ataupun yang kais pagi makan pagi , kais petang makan petang .

Kita dahulu merupakan seorang murid hingusan , dan dihadapan kita ialah seorang guru yang berpenat lelah mengajar , dan mendidik kita bermula dengan huruf A , B , C hatta ke angka 999 . Namun , adakah kita menghargai dan mengerti pengorbanan guru tersebut ? yang bersusah payah kerana kita ? Sanggup keluar dari rumah dipagi hari walaupun pada bulan ramadan yang panas terik sehingga kering air tekaknya kerana mengajar kita .

Roda yang bawah akan naik keatas , dan roda yang atas akan turun kebawah . Maka , suatu hari nanti , insyaAllah , kita juga turut merasai pengorbanan tersebut .

3 . Menjaminkan sihat tubuh badan :

Semua pakar doktor sedunia bersetuju , bahawa segala penyakit berpunca daripada makanan .

Berpuasa , dapat membersihkan darah , melancarkan sistem penghadaman , dan membuang sisa kuman dalam badan .

Perkara ini mungkin dipandang sambil lewa , acuh tak acuh oleh kita dek kerana sibuk dengan profession guru kita . Maka , Ramadan , menjadualkan kita supaya kita menjaga pemakanan kita .

Wallahu'alam