Wednesday, March 24, 2010

Kisah Pengemis dan Isteri Cantik

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Kali ini , mari kita ikuti kisah seorang pengemis yang kelaparan meminta meminta kepada suami ( suami kepada isteri yang cantik )


pada suatu hari , ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan di ruang tamu , datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka .

"Tolonglah encik , saya tersangat lapar , sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi ,"rayu pengemis itu.

Dengan muka bengis , si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .Dalam hati si suami itu berkata " Aku membina perniagaanku hingga berjaya bukan untuk orang lain akan tetapi untuk diri dan keluargaku ."

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedeqah .

Beberapa tahun kemudian , perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin . Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya .

Setahun kemudian isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan suami yang baru .

Pada suatu hari , sedang si isteri dan suami barunya menghadap makanan , tiba - tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan . Mendengar rayuan itu , si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan .

Setelah memberi makan sepinggan nasi kepada pengemis , si isteri menangkup muka sambil menangis . Si isteri mengadu kepada suami barunya bahawa si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seseorang pengemis .

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang " Demi Allah , sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!"

Begitulah ceritanya..tak semestinya kita hidup sentiasa diatas..kekadang kita juga akan merasa dibawah..oleh itu..hiduplah kita berbudi bahasa dan tolong menolong..

Sesuai dengan Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas Malik ;

Barang siapa yang mempunyai harta , maka bersedeqahlah dengan kekayaanmu ,
Barang siapa yang mempunyai ilmu , maka bersedeqahlah dengan ilmu ,
Barang siapa yang mempunyai tenaga , maka bersedeqahlah dengan tenaganya .

Adakalanya kalau kita berada diatas orang takkan "jelous" dan kacau ..sebab duduk rumah Flag orang tak pandang!haha