Tuesday, March 2, 2010

Keseronakan Melancap , adakah melancap dibenarkan dalam Islam ???

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Ustaz , hobi baru saya sekarang ialah melancap ( maaf kata ) , jadinya , adakah Islam membenarkan perbuatan ini ?

Onani ( melancap ) atau masturbation ialah perbuatan mengeluarkan mani dan memuaskan nafsu syahwat dengan menggunakan tangan atau alat – alat tertentu .

Tidak ada sebarang nas yang jelas mengharamkan onani , namun kebanyakan ulama mengharamkannya . Diantaranya Imam Malik berdasarkan lima hingga tujuh ayat dalam surah almukminun .

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya,” - 5

“Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:” - 6

“Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas” – 7

( Surah al mukminun : ayat 5 hingga 7 )


Berdasarkan ayat diatas , Islam mengizinkan seseorang melepaskan syahwatnya kepada isteri –isteri dan hamba – hamba perempuan . Selain daripada mereka itu , termasuklah onani adalah tidak dibenarkan.

Imam Ahmad Bin Hambal mempunyai pendapat yang berbeza . Onani bagi beliau , termasuk dalam aspek yang mengeluarkan sesuatu yang berlebihan . Jadi , ia diharuskan dan tidak pula diharamkan . Pendapat ini diperkukuhkan oleh Ibnu Hazim .

Imam Abu Hanifah pula mengharuskan dalam dua keadaan .

Pertama ; jika dikhuatiri berzina
Kedua ; mereka yang tidak mampu berkahwin

Justeru , Islam memberi beberapa kelonggaran berhubung dengan onani . Walau bagaimanapun , apabila seseorang berasa teransang melakukan onani kerana seringkali melihat gambar dan video lucah , maka hukum haram lebih layak baginya .Jadinya , korang yang suka bukak RED****.com tu memang tak boleh melancap lah selepas tengok benda benda kotor macam tu...bukan tak boleh melancap sahaja ..tengok aib orang pon tak boleh.....

Ada pula pendapat yang mengaitkan onani dengan penyakit – penyakit seperti rabun , buta dan gangguan saraf mudah lupa serta seumpamanya . Namun pakar – pakar perubatan hari ini menolak pandangan ini kerana bagi mereka ia tidak berasas sama sekali .

Walau bagaimanapun , Islam tidak memandang sesuatu hanya pada sudut fizikal , sebaliknya Islam mementingkan keheningan spiritual yakni rohani bagi mengawal gelora syahwat yang menyerang jiwa seseorang .

Menurut Bukhari , Nabi Muhammad menggalakkan mereka berpuasa daripada semasa ke semasa , berdasarkan sabda nabi yang bermaksud ;

“ Wahai pemuda , sesiap diantara kamu yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin sebab perkahwinan dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan . Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa ”


Ustaz , saya dah kahwin , isteri saya mengandung . Jadi , saya tak boleh berasmara dengannya dikala itu . Tapi Ustaz , ustaz tak faham perasaan saya . Saya dah ghairah nak berasmara . Tapi dia pula mengandung , so , halal ke saya melancap sendirian ?


Haram melancap ! tapi kalau pakai tangan isteri , Ulama ada dua pendapat .


Pertama , Haram .


Kedua , Makruh tapi sah .



Wallahu'alam .