Sunday, October 4, 2009

Mengungkap Hakikat Solat Berjemaah


"MASJID IMARAH , UMMAH BERTAQWA "


Bismillahirrahmanirrahim ,

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Assalamualaikum, apa khabar semua? moga-moga sehat sejahtera hendaknya...amiiinn.
Seperti yang kita maklum, masjid ini sebenarnya adalah suatu tempat untuk kita beribadah, tetapi ia juga boleh jadi tempat untuk kita merapatkan ukhuwah diantara satu sama lain dan sebagainya.


*****
Masjid berasal dari perkataan arab iaitu "Sajada" bermaksud Sujud . Jadi masjid itu ialah tempat orang menunaikan solat kepada Allah SWT . Aktiviti dan penggunaan masjid tidak terbatas kepada ibadah Solat sahaja .Contohnya dizaman Rasulullah SAW , masjid adalah tempat belajar , menuntut ilmu , menyelesaikan masalah umat Islam dan tempat mengeluarkan arahan dan peraturan dalam urusan pentadbiran.Masjid juga adalah lambang keagungan Islam , lambang perpaduan dan persaudaraan .Dari Masjid juga terpancar sinar bimbingan dari Hidayatullah.

Bukan setakat itu ,Ia juga tempat bagi pengumpulan umat muslimin berkumpul untuk menghadiri sesebuah program contohnya seperti solat berjemaah,ceramah-ceramah agama, forum atau program imam dan muazzin dan sebagainya. Dengan ini ia akan membuat para remaja pada zaman sekarang ini, akan mempunyai aktiviti yang dapat mengisi masa lapang, supaya dengan itu mereka tidak lagi akan terjebak dengan aktiviti sosial yang merosakkan diri dan aqidah.



*****

Saya tidak ingat sumbernya dari mana, tapi kalau tidak silap, anda boleh cari dekat mana-mana hadis...diantara 7 golongan yang akan dinaungi oleh allah diakhirat kelak adalah...

''HATINYA TERIKAT PADA MASJID''

jadi, maka beruntunglah kepada sesiapa yang hatinya sudah terikat pada masjid. Jadi, apa yang ditunggu lagi, marilah kita sama-sama mengimarahkan lagi masjid ataupun surau yang berdekatan dengan kita.

Sabda Baginda Rasulullah SAW,

"Barang siapa demi mencapai keredaan Allah ,membangunkan sebuah masjid , walaupun seluas sarang burng merpati , nescaya Allah akan membina untuknya Istana diSyurga."

( HR: Ibnu Majjah & Ibnu Hibban )


wow, perkara yang kecil kita lakukan demi Rumah Allah dibalas dengan sebuah Istana!Istana diSyurga pula tu...

Cuba kita bayangkan kalau kita sedekah Wang yang sedikit ( yang kita mampu ) kepada seorang lelaki miskin , bila lelaki miskin tu dah jadi kaya , dia bantu pula kita bila kita jadi miskin kepada kaya , lebih kaya sebelum kita jadi miskin tu . Faham tak? hahaha aku pun terbelit juga lidah nak sebut.

Nak tahu lagi apa kelebihan Beribadat di Rumah Allah?

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 18;

"Hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat sahajalah yang memakmurkan Masjid-Masjid Allah."

Jadi kita renung-renungkan lah, cubalah kita menginsafi diri kita , kita lebih tahu diri tahu diri kita berbanding orang lain mahupun Ibu kita sendiri.
Kita boleh tipu Ibu kita , Ayah kita , Keluarga kita , bahkan Diri kita sendiri TAPI kita tak boleh menipu Our God . Our God is Know about everything.

Natijahnya apa?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Apa khabar? Sihat seperti biasa bukan? Alhamdulillah. Jam di komputer ini menunjukkan pukul 2:14PM pada tarikh 5 Oktober 09, Sepatutnya tempat saya bukan disini. Tetapi jangan risau, sebentar sahaja.

Setelah selesai solat Zohor, Allah tiba-tiba melontarkan secebis dari ilmuNya kedalam kotak pemikiran saya yang kecil. Setelah mengambil sedikit udara dan berfikir sebentar, inilah hasilnya..

******

Di sebuah musolla terbuka;

Ketua Biro Imam ; Syeikh, malam ni jadi imam maghrib boleh? Osman yang sepatutnya menjadi imam tiba-tiba sakit perut.

Syeikh itu ; Insya-Allah, ana cuba..

Lagi 30 minit azan maghrib akan dikumandangkan, rasa gentar bercampur takut didalam dada syeikh itu memikirkan 'lagu apa yang hendak dibawa nanti?' dan 'ayat apa ya?'. Akhirnya azan dikumandangkan oleh seorang yang masih muda dari kumpulan 'Band of Muazzin'. Azan itu sedikit sebenyak menenangkan jiwa.

"Saf!" muazzin mengajak para jemaah berdiri dan memenuhkan saf hadapan yang masih kontang. Syeikh itu melangkah kaki dengan bergetar menuju ke sejadah yang tiada rakan sebelah. Dia menerima mikrofon klip dari muazzin yang baru selesai melaungkan iqamat. 'Allahuakbar', takbir dilaungkan sebagai pemula ibadah.

Ayat yang dibacakan mengenai perlian Allah kepada orang mu'min agar para mu'min memperbanyak berzikir. Syeikh itu menarik2 suaranya, hampir-hampir pecah, tetapi tidak pecah. Ingin sekali syeikh itu menitikkan airmata yang sudah lama kering itu tetapi tidak mampu, begitu juga para jemaah. Waktu maghrib itu disempurnakan dengan bacaan al-Ma'thurat dan solat sunat rawatib. Malam itu, ramai yang menemui syeikh itu dan memuji-muji bacaannya yang dimana sekiranya tidak disandarkan kepada Allah, sudah pasti sia-sia. Kemudian mereka berjalan seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.

******

Panjang juga cerpen ini, tetapi tidak mengapa. Kepada pembaca yang setia saya berterima kasih banyak-banyak.

Jadi, apa kaitannya? Heh, sudah pasti ada. Bermula dari apabila syeikh itu meletakkan perkara teknikal (dalam bab ini tarannum/lagu) sebagai sebuah perkara yang diuatamakan dan sehinggalah orang-orang yang memuji bacaannya dan berjalan seperti biasa.

Kita lihat kembali monolog si Syeikh tadi 'lagu apa yang hendak dibawa nanti?', secara automatik dia sudah meletakkan lagu sebagai apa yang hendak disampaikannya dalam solat tadi. Tetapi apabila dia meletakkan 'Ya Allah, terimalah amalku ini dengan ayat yang aku bacakan nanti sebagai saksi yang aku bersungguh-sungguh' (dalam solatnya yang lain mugkin) insya-Allah natijahnya akan berlainan meskipun apa yang dilakukan adalah sama.

Sama juga seperti apa yang tercatat dalam sebuah buku berjudul 'Ibadatul Mu'min' (Bahasa Indonesia - Meminta dan Mencinta) Karangan Muhammad Amru Khalid. Dia menceritakan (berdasarka dalil sudah pasti) tentang dua orang yang solat bersebelahan, dibelakang imam tetapi perbezaan antara solat mereka bagaikan langit dan bumi.

Apabila seseorang itu meletakkan perkara yang biasa sebagai natijah (contoh; menunaikan tanggungjawab, melepaskan amanah), maka apa yang dia akan peroleh hanya sebahagian kecil dari ganjaran, tetapi apabila dia meletakkan perkara yang lebih tinggi/hebat sebagai natijah (contoh; untuk taqarrub dengan Allah, memuaskan iman) , maka baginya adalah ganjaran yang lebih besar.

Sekadar sebuah teori, segala salah minta sangat-sangat untuk diperbetulkan, dan minta doakan saya agar sentiasa berada selandasan dengan Nabi Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muhammad al-Fatih, Solahuddin al-Ayubi dan mereka yang lain.