Saturday, July 24, 2010

Berkata baik atau "shhhh"



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




" Shhhhh , jangan bising ...!"



Hangpa semua suka bercakap ? Berapa kilometer anda bercakap setiap hari ? Apakah yang anda cakap itu kesemuanya bermanfaat ? Renung - renungkan ...

Lidah adalah salah satu anggota manusia yang penting dan sangat sangat berguna . Selain digunakan untuk "melantak" makanan dan minuman ...

lidah berperanan untuk seseorang itu berkata kata . Adalah mustahil untuk seseorang itu berkata kata dengan jelas tanpa menggunakan lidah . Tak percaya , cuba korang semua try ...haha



Daripada Abi Hurairah RA berkata , bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda ;
" Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah berkata yang baik atau diam , barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah menghormati tetangganya , barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah menghormati tetamunya . "

Kata orang , lidah tidak bertulang , maka lebih senang mengatakan apa apa tanpa berfikir . Bahaya lidah ini sebenarnya benar sekali .

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda , maksudnya ;
" Tiada akan lurus keimanan seorang hamba , sehingga lurus pula hatinya , dan tiada akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya , dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga , selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya .
"

Antara bencana lidah ;

1 . Berkata kata yang tidak mendatangkan apa apa faedah .

2 . Mengambil tahu tentang orang lain .

3 . Berbual bual tentang hal berkaitan maksiat .

4 . Bantah membantah dan petengkaran .

5 . Pertelingkahan , iaitu bila seseorang itu menyatakan tentang ketidakpuasan hatinya , ekoran dari pertelingkahan .

6 . Memaki , mencela dan bercakap sesuatu yang kotor .

7 . Melaknat , walaupun binatang atau benda , apatah lagi manusia .

8 . Bersenda gurau , yang mengecilkan orang lain , menipu atau melampaui batas .
9 . Menghina atau mengejek .
10 . Membocorkan rahsia .

11 . Membuat janji kosong .

12 . Mengumpat , iaitulah menyebut apa apa pun kekurangan yang berkaitan dengan orang itu , dan jika orang itu mendengarnya , akan menjadikan kemarahan .

13 . Mengadu domba .

14 . Bermuka muka antara dua orang , atau menghasut dua belah pihak supaya bermusuhan .

15 . Bertanya yang bukan bukan , sehingga memberatkan orang yang menjawab .



Bidalan Melayu menyebutkan bahawa " Lidah tidak bertulang ". Lidah ni kalau cakap lah sampai 400 kilometer confirm takkan penat ...rasa best je cakap ...cumanya ..tekak kering je nanti..kalau dah minum air...confirm bercakap balik ..


Kawan - kawanku ..berkatalah yang baik baik sahaja daripada " pot pet pot pet " atau "shhhh"

Friday, July 23, 2010

Zulqarnain itu bukan namanya ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Kisah Zulqarnain turut dimainkan didalam Quran dalam surah Al-Kahfi ayat 83 hingga 98 . Hangpa semua boleh baca sendiri la..haha..


Fokus entri kali ni .. " Zulqarnain itu bukan namanya ? " ....betul kah begitu ?

Habis tu dalam Quran dia tak panggil pon Zulqarnain ni Mawi ke Syahir ke ..

Allah panggil Zulqarnain je . Ya, benar..Al-Quran hanya menyebutkan nama manusia besar yang menguasai dunia dari belahan barat sehingga ke Timur itu sebagai Zulqarnain..

Takda nama lain . Menurut kajian Para Ulama dan ahli sejarah ia bukan nama sebenar , tapi hanya gelaran saja . Lebih lebih lagi jika dia bukan bangsa Arab , sedang nama yang dipakainya adalah Bahasa Arab .

Zulqarnain bermaksud orang yang mempunyai dua tanduk .


beberapa kemungkinan Zulqarnain dipanggil Zulqarnain .Tapi perkara ini hanya Allah Taala yang mengesahkannya bukanlah SIRIM mahupun JAKIM .

Pertama , kerana dia dapat menguasai dua kawasan yang sangat besar yakni disebelah barat dan timur hasil dari keberaniannya dan usahanya yang sangat gigih .

Kedua , dia sebagai seorang yang sangat kuat , gagah berani sehingga diibaratkan dengan haiwan yang berani seperti kerbau dan Banteng ( Nasihat saya sila lihat gambar Banteng di Internet jika tak pernah dengar nama haiwan ni ) . Kedua dua haiwan kuat ini sememangnya mempunyai dua tanduk .

Ketiga , kemungkinan di atas kepala raja perkasa itu memakai mahkota berupa tengkolok yang mempunyai dua bucu bersilang ke kiri dan kekanan sehingga menyerupai tanduk . Pada zaman dahulu mahkota seperti itu hanya dipakai oleh raja dalam satu satu kaum dan terbuat daripada emas . Dengan demikian orang ramai dapat mengetahui siapa yang menjadi raja di antara kaumnya .




kita lihat diatas kepala wanita tersebut..mungkin..inilah tanduk yang dimaksudkan penulis..
yang lelaki tu pakai tengkolok bukan tanduk..haha



Kemungkinan yang ketiga ini sangat besar kerana kaum yang didatanginya tiba tiba memanggilnya dengan

" Wahai orang yang punya dua tanduk ( Ya Zulqurnain )! " .

Kaum itu tidak tahu nama sebenar Zulqurnain , yelah ..baru je diorang jumpa..dahlah bahasa pun saling tak memahami .

Jadi untuk memudahkan kaum tersebut , mereka memanggil " Wahai tuan yang mempunyai dua tanduk ! " apabila dilihatnya diatas kepala sang penakhluk itu bertenggek sebuah mahkota berbucu dua seperti tanduk . Tentunya ada orang yang memahami bahasa Panglima Zulqurnain dan kaum terasing itu yang menjadi Juru Bahasa .


Tutup kepala atau mahkota berbucu dua menyerupai dua tanduk masih dapat disaksikan pada masa ini , yakni pakaian adat Minangkabau .
Sehingga dalam kalangan sesetengah kaum itu tersiar dongeng bahawa mereka ada kena mengena atau mendakwa sebagai keturunan Iskandar Zulqarnain .

Menurut satu dongeng dalam kalangan orang orang Melayu dikatakan bahawa ada seorang Raja bernama Iskandar yang bergelar Zulqarnain . Raja itu berasal dari Macedonia bergerak menyerang kerajaan Hindi sehingga terjadilah peperangan antaranya dengan Raja Hindi yang bernama Kida Hindi . Raja Hindu itu kalah dan memeluk agama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim A.S . Seterusnya Iskandar Zulqarnain berkahwin dengan puteri Raja Kida Hindi yang bernama Syahrul Bariyyah , dan yang menjadi Kadi dalam pernikah tersebut adalah Nabi Khidir .


Menurut dongeng itu , perkahwinan antara Iskandar Zulqarnain dengan Puteri Syahrul Bariyyah Binti Raja Kida Hindi telah melahirkan seorang anak bernama Aristun Syah yang kemudiannya menjadi Raja berkuasa .

Raja Aristun Syah menurunkan keturunan yang menjadi rajat turun temurun sehingga sampai kepada Raja Anusyirwan Al-Adil yang menurunkan Raja Melayu bernama Raja Suran . Katanya , Raja Suran ini pernah berkahwin dengan seorang Puteri Raja di dasar laut bernama Raja Aftabul Ardh dan nama puteri itu ialah Mahbatul Bahr .


Selain itu , Raja Suran juga pernah berkahwin dengan Puteri Raja Keling dan mendapat beberapa orang anak yang seorang diantaranya Bacitram Syah . Dikatakan bahawa Bacitram Syah inilah yang menjelma diatas Bukit Siguntang Mahameru , menjadi Sang Sapurba Terambri Sri Tribuana , Raja Melayu yang mula mula menjelma atas dunia . Demikian dongeng yang ditulis Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu .

Aiseh...dari tafsir Quran dah masuk tafsir sejarah Melayu..haha

Wednesday, July 21, 2010

Saidina Ali ; Ilmu dan Harta



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Satu hari ada hamba Allah bertanya SATU soalan kepada Saidina Ali . Soalannya berbunyi begini ...

" Apakah perbandingan Ilmu dan Harta " ?

Maka , dijawab lah Ali akan soalan itu ...
  1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.
  2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.
  3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.
  4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut bakhil" (kedekut)
  5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.
  6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.
  7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.
  8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.
  9. Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.
Wah..hebatnya Saidina Ali..tanya satu beliau beri sembilan jawaban.. Tapi kalau kita ..tanya sembilan soalan ..satu je jawaban kita ..." Wallahualam "

Monday, July 19, 2010

Agama Masyarakat di Tanah Arab


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Perkataan arab berasal dari bahasa Hebreu yang diambil dari perkataan " arbaha " atau " erbaha " yang membawa maksud Tanah Tandus . Ada juga berpendapat ianya bererti berpindah randah kerana orang arab suka berpindah randah dari suatu tempat ke tempat yang lain untuk mencari air dan kawasan subur .



Fokus saya kali ni ialah berkenaan Agama yang dianuti oleh mereka mereka yang hidup di zaman Jahiliyyah .Saya rasa elok saya tulisnya dalam bentuk point memandangkan kalau buat karangan nanti ramai yang tertidur masa tengah membaca ...

Baiklah ...

1 . Agama Majusi

* Diasas oleh Zoroaster .
* Berasal dari Parsi
* Penganut menyembah api .
* Tidak ada kitab suci dan Nabi .
* Agama yang sangat tua dan menjadi kabur kerana ( point diatas )
* Pendita agama wajib menyembah matahari sebayak 4 kali sehari .
* Pendita agama menyembah air dan api .
* Agama yang mempercayai konsep tuhan baik dan tuhan jahat .
* Penganut perlu menyembah api dan berlaku baik untuk menjauhi tuhan jahat dan mendampingi tuhan baik .
* Menggalak perkahwinan antara adik beradik atau ibu dan anak .
*Terbahagi kepada tiga mazhab ;
- Kayumarthiyyah
- Zarwaniyyah
- Zaradusthiyyah
* Agama ini terdapat di Yaman , Oman , Bahrain dan Parsi .
* Api suci di istana Kisra padam secara tiba tiba setelah kelahiran Nabi Muhammad SAW .



2 . Agama Wathaniyyah

* Agama penyembahan berhala .
* Agama lumrah dan popular di Tanah arab zaman Jahiliyah .
* Patung diperbuat daripada batu , tanah liat , gula dan tepung .
* Di sekitar Kaabah diletakkan sebanyak 360 berhala untuk disembah .
* Kota Makkah ; pusat penyembahan dan jualan Berhala terkenal diseluruh Tanah Arab .
* Berhala terkenal ;
- al-Lath
- al-Manat
- al-Uzza
- Hubal

* Masyarakat Jahiliyyah menyembah berhala dengan menganggap ianya perantaraan bagi mereka dengan tuhan .

* Teori asal usul penyembahan berhala di Tanah Arab ;

- Teori pertama ---> penghormatan berlebihan kepada Kaabah .
Orang arab yang tinggal jauh di kawasan Hijaz sukar datang ke Makkah telah membawa balik batu batu Kaabah ke rumah mereka . Di tempat asal , mereka memuliakan batu dan akhirnya mengutip batu menjadi bentuk tertentu , lalu disembah sebagai dewa dewi .

- Teori kedua ---> penghormatan kepada Wadda , Suwao , Yauq , Yaghus dan Nasr .
Patung mereka berlima dibina lalu disembah .

- Teori ketiga ---> pasangan kekasih Isaf dan Nailah .
Mereka memasuk Kaabah lalu melakukan perbuatan yang terkutuk . Akibatnya , mereka disumpah menjadi batu . Masyarakat mengalihkan "batu" diluar untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai . Namun , generasi silih berganti telah lupa asal usul meraka . Akhirnya , "batu" tersebut menjadi objek penyembahan mereka .

- Teori keempat ---> amalan penyembahan diperkenalkan oleh pemimpin Suku daripada Suku Khuzaah bernama Amru Bin Luhai .
Pada suatu hari , Balqa jatuh sakit di Syams dan mandi di sebuah telaga . Selepas itu , terus sembuh . Dia dapati bahawa penduduk Suku Amaliq menyembah patung . Dia lanyas membawa balik patung dan meletakkan patung di Kaaba . Oleh sebab Amru Bin Luhai pemimpin Kota Makkah , maka perbuatannya diikuti .



3 . Agama Hanif

* Agama Nabi Ibrahim A.S .
* Disebarkan di Kota Makkah selepas siap Kaabah .
* Tidak mempunyai kitab tetapi mempunyai suhuf ( Al-A'la : 19 )
* Selepas zaman Ibrahim A.S , agama ini menjadi kurang berpengaruh kerana Hajj masih berkekalan .
* Agama ini dicampur adukkan dengan penyembahan berhala dizaman Jahiliyyah .
* Antara penganut agama Hanif yang tetap teguh dengan ajaran yang dibawa ;
- Waraqah Bin Naufal
- Usman Bin Huarith
- Abdullah Bin Jahsy

4 . Agama Yahudi

* Agama berkitab yang dianuti di Tanah Arab .
* Berasal dari Nabi Musa berkitabkan Taurat .
* Yahudi menyelewengkan kitab Taurat sehingga seolah olah agama Yahudi khusus untuk bangsa Yahudi sahaja .
* Penganut banyak terdapat di Madinah , Taima , Khaibar , dan Yaman .
* Dianuti oleh Bani Kinanah , Bani Namir , Bani al-Harith , dan Bani Kandah .
* Bersifat perkauman kerana sebahagian penganut berbangsa Yahudi sendiri .
* Yahudi mendakwa agama Yahudi ialah Bani Israil ( anak Tuhan ) .
* Yusuf Dzu Nawas , pemerintah kerajaan Himayar di Yaman seorang yang fanatik terhadap agama Yahudi . Beliau memerintahkan agar penganut agama Nasrani di Najran meninggalkan agama mereka atau menerima hukuman mati . Oleh kerana pemerintah enggan , maka berlakunya peristiwa Ashabul Ukhdud yakni peristiwa Yusuf Dzu Nawas menggali lubang parit yang besar dan membakar serama 2oribu penganut Nasrani .



4 . Agama Nasrani

* Diasas di Palestin .
* Berkembang di Najran dan Tadmur .
* Agama ini dianuti oleh Bani Qadaah , Bani Taghlib dan Bani Rabiah dari kabilah Badwi .
* Pada zaman Jahiliyah , terdapat dua mazhab ; Yakubiah di Mesir dan Nasturiah di Hirah , Parsi .
* Berkitab kan Injil bernabikan Isa A.S .
* Beberpa tahun "kewafatan" Nabi isa , kandungan diubah oleh Pendita .
* Wujud konsep Tuhan Trinity iaitu ( Nabi Isa , Tuhan Nabi Isa dan Roh Qudus ) atas sebab ( point diatas )
* Golongan yang kekal beragama Nasrani digelar Ahlul Kitab .

Friday, July 16, 2010

Menu untuk Mereka ...



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Menu untuk siapa ? untuk mereka lah.. ye lah ..siapa mereka ?

Siapa mereka? untuk mengetahui siapa mereka ..kita lihat lah dulu menu yang tersenarai ditempat nih ...Tempat ni tempat untuk menerima hadiah ..tempat suatu kehidupan ...Jadi ..makanan dan minuman termasuk dalam pakej penginapan yang disediakan..Mari kita jalan jalan cari makan ...zasss ..


Menu Makanan ;

1 . Buah Zaqum

sepohon pokok yang hidup didalam neraka ...Firman Allah SWT ;

" ( Makanan syurga ) itukah hidangan yang lebih baik atau pohon zaqum ? "

" Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqum itu sebagai seksaan bagi orang orang yang zhalim . "

" Sesungguhnya ia (pohon zaqum ) adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka yang menyala "

" Mayangnya seperti kepala syaitan syaitan "

" Maka sesungguhnya mereka benar benar memakan sebahagian dari buah pohon itu , maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqum itu . "

" Kemudian sesudah memakan buah zaqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas ."

( Surah al-Shafat : 62 - 67)


ni baru menu pertama..menu kedua ?



2 . Ghislin

ok..sebutan biar betul..jangan sebut Ghasolin..haha..oke.. Ghislin..juga disebut dalam Quran ...

" Makan tiada seorangpun teman pun baginya pada hari ini di sini . Dan tiada ( pula ) makanan sedikitpun (baginya ) kecuali dari darah dan nanah . Tidak ada yang memakannya kecuali orang orang yang berdosa ."

( Surah Al-Haqqah : 35 - 37 )



3 . Dhari'

Dhari ni pulak..rasanya tersangatlah pahit , Firman Allah Taala ;

" Mereka tidak memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar ."

( Surah Al-Ghasyiah ; 6 dan 7 )



Yang tadi tu contoh untuk Menu makanan ...


Sekarang ni Menu air pulak .Erm..mesti sedapkan ...ade rase "laici'' , ade rasa 'langsat' ,..haha


Menu Minuman ;


1 . Hamim

Minuman yang diperbuat daripada air yang amat panas serta mampu memutuskan usus usus mereka yang meminumnya .

Firman Allah Taala ;

" Dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong motong ususnya ."
( Surah Muhammad : ayat 15 )


2 . Air Shodid

Yang ni pon boleh tahan..air campuran kotoran dan nanah . Berfirman Allah Taala ;

" Dan binasalah semua orang yang melakukan sewenang wenangnya dan yang keras kepala , di hadapannya ada neraka jahannam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah , diminumnya air nanah itu dan hampir dia tidak mampu menelannya dan datanglah ( bahaya ) maut kepadanya dari segenap penjuru , tetapi dia tidak juga mati ; dan di hadapannya masih ada azab yang berat . "
( Surah Ibrahim : ayat 15 hingga 17 )



3 . Air Muhl

Firman Allah Taala ;

" Dan jika diberi mereka meminta minuman nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka . Itulah minuman yang paling buruk dan tempat isitirehat yang paling keji . "

Surah Al-Kahfi : ayat 29 )


Adapun minuman di Neraka ada juga air yang sejuk ..kiranya macam ice blended lah..haha..tetapi...air yang disediakan..terlampau sejuk ..sehingga turut merosakkan usus dan abdomen manusia yang lain ...Tak percaya cuba try..air yang giler sejuk macam kat atlantik tu korang pi minum ..mesti KAW KAW punya lah..haha

Friday, July 9, 2010

Malaikat Jibril


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Harini ..artikel fasal Malaikat yang menurunkan wahyu ..siapa ?

Jibril A.S adalah malaikat yang ditugaskan oleh Allah Taala untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi - Nabi A.S .

Firman Allah Taala ;

" Barang siapa yang menajadi musuh Jibril , maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan wahyu ke dalam hatimu dengan Izin Allah , membenarkan wahyu yang terdahulu daripadanya untuk menjadi petunjuk dan berita gembira bagi orang orang yang beriman ."

( Surah Al-Baqarah : 97 )

Walaupun wahyu dah tak de..hangpa jangan ingat Malaikat Jibril "menganggur" pulak..ada tugas lain lagi..Menyampaikan wahyu ni tugas utama...tugas sampingan kita tak tahu..

Jibril juga bertugas sebagai Ketua Para Malaikat dan mengetuai para Malaikat lain menurunkan malam Lailatul Qadar . Didalam kitab 'Mengenal Malaikat' karangan oleh Zainudin Yusro menyatakan Malaikat Jirbil juga menurunkan musibah kepada Pelaku Maksiat .


Nama Jibril -

Jibril diberi nama dengan Ruhul Amin sebagaimana yang termaktub di dalam Firman Allah Taala ;

" Sesungguhnya wahyu itu adalah diturunkan dari Tuhan seru sekalian alam , yang membawanyya turun ialah Ruh Amin pada hatimu , supaya engkau dapat memberi peringatan ( kepada manusia ) "

( Surah Al- A'syura )


Bagaimana pula Sayap Jibril ?

Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat Jibril mempunyai enam ratus sayap , katanya ;

" Rasulullah SAW melihat Jibril AS dan dia mempunyai enam ratus kepak "

( Riwayat Muslim )



Wahyu pertama Rasulullah bila ?

Bila je Rasulullah SAW genap berusia 40 tahun , Allah taala telah melantik Baginda SAW sebagai utusanNya untuk seluruh alam sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi ingatan agar manusia dapat keluar dari kegelapan jahil kepada cahaya ilmu .

Perlantikan ini berlaku pada tahun 610 M , iaitu bersamaan dengan 17 Ramadan taun 13 sebelum Hijrah . Ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhalwat di gua Hira' beribadat menurut syariat Nabi Ibrahim . Pada suatu hari , beliau telah didatangi oleh seseorang yang berkata :

" Bergembiralah wahai Muhammad , aku Jibril dan engkau Rasulullah ( utusan Allah ) kepada umat ini . "

Kemuidan Jibril berkata :

" Bacalah! "

Rasulullah menjawab ;

" Aku tidak boleh membaca . "

Sememangnya Rasulullah SAW seorang yang buta huruf ( ummi ) . Mendengar jawapan itu , Jibril AS memeluk Baginda SAW . Kemudian Jibril berkata lagi .

" Bacalah ! "


Baginda menjawab ;

" Aku tidak boleh membaca "


Jibril memeluk untuk kali kedua , kemudian berkata lagi ;

" Bacalah !"


Baginda menjawab :

" Aku tidak boleh membaca ."


Kemudia Jibril memeluknya buat kali ketiga , dan berkata lagi ;

" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan ( makhluk ) ,
Yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah ,
Bacalah Tuhanmu itu Maha Pemurah ,
Yang mengajarkan tulis menulis dengan pena ,
Mengajar manusia apa apa yang belum diketahui . "

( Surah Al-Alaq : 1- 5 )


Kemudia Baginda SAW mengulangi apa yang disebutkan oleh Jibril AS diatas . Selepas menerima wahyu pertama ini , Baginda pun pulang ke rumah dalam keadaan menggeletar kerana ketakutan akibat pengalamannya pertama kali bertemu dengan malaikat . Sesampainya dirumah dia berkata kepada isterinya Saiyidinah Khadijah :

" Selimutkan aku ... Selimutkan aku ..."


Maka Sayyidinah Khadijah pun menyelimutkan Baginda SAW sehingga hilang rasa menggeletarnya itu . Kemudian Rasulullah SAW menceritakan pengalaman pertama baginda kepada Saiyyidanah Khadijah . Ketakutan yang dialami oleh baginda kerana sebelum ini Baginda tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang Jibril . Saidatina Khadijah menenangkan baginda dengan menyatakan bahawa Allah mahu memilihnya untuk hidayah bukan untuk menyakitinya .

Lalu Saidatina pun pergi la jumpa sepupunya ...Waraqah Bin Naufal , seorang pendeta buta yang banyak membaca kitab kitab yang terdahulu serta luas pula ilmu pengetahuannya . Waraqah berkat ;

" Sesungguhnya engkau telah didatangi oleh Namus ( Nama bagi Jibril ) yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa AS "



Wahyu tak diturun melalui SMS atau Facebook ..tetapi ?

Jibril lah yang menurunkan wahyu..siapa lagi ...tetapi bagaimana caranya ?

Adakalanya ...dia menjelma sebagai manusia dan adakalanya dia berbunyi seperti bunyi nyaring sebuah loceng .

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah Hadith Rasulullah SAW dari Aisyah R.A bahawa Harith bin Hisyam R.A telah bertanya SAW ;

" Wahai Rasulullah SAW , bagaimanakah cara wahyu itu diturun kepada tuan ? "

Lalu Rasulullah menjawab ;

" Kadang - kadang dia datang kepadaku bagaikan suara nyaring dari bunyi loceng , dan itulah yang paling berat bagiku . Kemudian suara itu lenyap dari pendengaranku dan aku telah mengingat apa yang dikatakannya . Tetapi kadang kadang dia datang menjelma sebagai seorang lelaki , kemuidan dia berkata kepadaku , dan akupun ingat apa yang dikatakannya itu ."

( Riwayat Bukhari )

Sayyidinah Aisyah R.A pernah berkata ;

Sesungguhhnya aku pernah melihat Rasulullah SAW ketika didatangi wahyu padanya , iaitu pada suatu hari yang sangat sejuk cuacanya . Setelah selesai , keningnya benar benar bercucuran peluh . "


Di dalam sebuah Hadith yang lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunia dan Hakim dari Ibnu Mas'ud R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;

"Sesungguhnya Ruhul Qudus membisikan ke dalam Qalbuku bahawa seseorang itu tidak akan mati sehingga dia memperoleh cukup rezeki yang telah ditentukan untuknya . Maka dari itu , takutlah kepada Allah dan berbuat baiklah dalam mencari Rezki . "

Wallahualam

Friday, July 2, 2010

Solat Qasar ; Berapa lama diboleh menunaikannya ?

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Ustaz tahu tak dalil pasal kalau pergi sambung belajar kat tempat yg jauh contohnye kita kat KL sambung blaja kat Kedah..boleh solat Qasar sepanjang 3 tahun study ?
member saya bagitahu benda ni..saya rasa macam tak btol je ...

Pertama , kalau hangpa nak belajar kat Kedah , hangpa kena belajar bahasa Kedah dulu..haha
Ok ...macam ni..Kau salah tanya orang..Aku bukannya pakar pun bukan pakar dengan masalah Hukum hakam ni..Jadi masalah ni saya rujuk kitab ( macam la artikel lain aku tak rujuk kitab ..haha ) Siri Panduan Solat Qasar , Jamak , Solat Jinazah dan Solat Orang Sakit siri Satu oleh Al-Ustaz Shamsudin Othman .

Mengikut Imam Shafie , seseorang yang tinggal di suatu tempat lebih daripada 3 hari ( tidak termasuk hari tiba dan pulang ) , dia dianggap sudah bermukim dan orang yang bermukim tidak boleh solat qasar kecuali dia menjalankan tugas tertentu dan dia berniat akan meninggalkan tempat itu sebaik sahaja tugasnya selesai . Bagi yang demikian , dibolehkan solat Qasar selama 18 hari .
Sila rujuk Akmal Hj Md Zain ms 235...

( kalau rujuk kitab Doraemon , memang takkan jumpa masalah hukum ni..haha )


Tempoh 18 hari itu adalah berdasarkan sebuah Hadith daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ;

" Nabi SAW bermukim dalam salah satu perjalanan selama 19 hari dan bersolat dua dua rokaat . Maka kami pun apabila bermukim 19 hari kami bersolat dua rokaat , dan kalau lebih daripada itu kami akan cukupkan " .

Yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Nabi SAW bermukim di Mekah sewaktu pembebasan Mekah . Dan 19 hari yang dimaksudkan itu adalah termasuk hari baginda berangkat meninggalkan Mekah untuk melanjutkan perjalanan ke Hunain . Ertinya tempoh bermukim yang sebenar ialah 18 hari .

Tetapi Imam Abu Hanifah berpendapat solat Qasar dibolehkan selama mana orang itu belum selesai menjlankan tugasnya disesuatu tempat , dan dia tidak bermaksud untuk tinggal menetap atau bermastautin di tempat itu ..
**[ Rujuk Akmal Hj Md Zin , ms 235 ]



Tapi ingat solat qasar tu hanya boleh dilakukan dengan Syarat 92 kilometer dan niat yang murni.. kalau nak pi konsert Super Junior , jangan harap boleh buat Qasar ..Tapi Nasuha boleh..haha ..haha