Friday, July 9, 2010

Malaikat Jibril


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Harini ..artikel fasal Malaikat yang menurunkan wahyu ..siapa ?

Jibril A.S adalah malaikat yang ditugaskan oleh Allah Taala untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi - Nabi A.S .

Firman Allah Taala ;

" Barang siapa yang menajadi musuh Jibril , maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan wahyu ke dalam hatimu dengan Izin Allah , membenarkan wahyu yang terdahulu daripadanya untuk menjadi petunjuk dan berita gembira bagi orang orang yang beriman ."

( Surah Al-Baqarah : 97 )

Walaupun wahyu dah tak de..hangpa jangan ingat Malaikat Jibril "menganggur" pulak..ada tugas lain lagi..Menyampaikan wahyu ni tugas utama...tugas sampingan kita tak tahu..

Jibril juga bertugas sebagai Ketua Para Malaikat dan mengetuai para Malaikat lain menurunkan malam Lailatul Qadar . Didalam kitab 'Mengenal Malaikat' karangan oleh Zainudin Yusro menyatakan Malaikat Jirbil juga menurunkan musibah kepada Pelaku Maksiat .


Nama Jibril -

Jibril diberi nama dengan Ruhul Amin sebagaimana yang termaktub di dalam Firman Allah Taala ;

" Sesungguhnya wahyu itu adalah diturunkan dari Tuhan seru sekalian alam , yang membawanyya turun ialah Ruh Amin pada hatimu , supaya engkau dapat memberi peringatan ( kepada manusia ) "

( Surah Al- A'syura )


Bagaimana pula Sayap Jibril ?

Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat Jibril mempunyai enam ratus sayap , katanya ;

" Rasulullah SAW melihat Jibril AS dan dia mempunyai enam ratus kepak "

( Riwayat Muslim )



Wahyu pertama Rasulullah bila ?

Bila je Rasulullah SAW genap berusia 40 tahun , Allah taala telah melantik Baginda SAW sebagai utusanNya untuk seluruh alam sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi ingatan agar manusia dapat keluar dari kegelapan jahil kepada cahaya ilmu .

Perlantikan ini berlaku pada tahun 610 M , iaitu bersamaan dengan 17 Ramadan taun 13 sebelum Hijrah . Ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhalwat di gua Hira' beribadat menurut syariat Nabi Ibrahim . Pada suatu hari , beliau telah didatangi oleh seseorang yang berkata :

" Bergembiralah wahai Muhammad , aku Jibril dan engkau Rasulullah ( utusan Allah ) kepada umat ini . "

Kemuidan Jibril berkata :

" Bacalah! "

Rasulullah menjawab ;

" Aku tidak boleh membaca . "

Sememangnya Rasulullah SAW seorang yang buta huruf ( ummi ) . Mendengar jawapan itu , Jibril AS memeluk Baginda SAW . Kemudian Jibril berkata lagi .

" Bacalah ! "


Baginda menjawab ;

" Aku tidak boleh membaca "


Jibril memeluk untuk kali kedua , kemudian berkata lagi ;

" Bacalah !"


Baginda menjawab :

" Aku tidak boleh membaca ."


Kemudia Jibril memeluknya buat kali ketiga , dan berkata lagi ;

" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan ( makhluk ) ,
Yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah ,
Bacalah Tuhanmu itu Maha Pemurah ,
Yang mengajarkan tulis menulis dengan pena ,
Mengajar manusia apa apa yang belum diketahui . "

( Surah Al-Alaq : 1- 5 )


Kemudia Baginda SAW mengulangi apa yang disebutkan oleh Jibril AS diatas . Selepas menerima wahyu pertama ini , Baginda pun pulang ke rumah dalam keadaan menggeletar kerana ketakutan akibat pengalamannya pertama kali bertemu dengan malaikat . Sesampainya dirumah dia berkata kepada isterinya Saiyidinah Khadijah :

" Selimutkan aku ... Selimutkan aku ..."


Maka Sayyidinah Khadijah pun menyelimutkan Baginda SAW sehingga hilang rasa menggeletarnya itu . Kemudian Rasulullah SAW menceritakan pengalaman pertama baginda kepada Saiyyidanah Khadijah . Ketakutan yang dialami oleh baginda kerana sebelum ini Baginda tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang Jibril . Saidatina Khadijah menenangkan baginda dengan menyatakan bahawa Allah mahu memilihnya untuk hidayah bukan untuk menyakitinya .

Lalu Saidatina pun pergi la jumpa sepupunya ...Waraqah Bin Naufal , seorang pendeta buta yang banyak membaca kitab kitab yang terdahulu serta luas pula ilmu pengetahuannya . Waraqah berkat ;

" Sesungguhnya engkau telah didatangi oleh Namus ( Nama bagi Jibril ) yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa AS "



Wahyu tak diturun melalui SMS atau Facebook ..tetapi ?

Jibril lah yang menurunkan wahyu..siapa lagi ...tetapi bagaimana caranya ?

Adakalanya ...dia menjelma sebagai manusia dan adakalanya dia berbunyi seperti bunyi nyaring sebuah loceng .

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah Hadith Rasulullah SAW dari Aisyah R.A bahawa Harith bin Hisyam R.A telah bertanya SAW ;

" Wahai Rasulullah SAW , bagaimanakah cara wahyu itu diturun kepada tuan ? "

Lalu Rasulullah menjawab ;

" Kadang - kadang dia datang kepadaku bagaikan suara nyaring dari bunyi loceng , dan itulah yang paling berat bagiku . Kemudian suara itu lenyap dari pendengaranku dan aku telah mengingat apa yang dikatakannya . Tetapi kadang kadang dia datang menjelma sebagai seorang lelaki , kemuidan dia berkata kepadaku , dan akupun ingat apa yang dikatakannya itu ."

( Riwayat Bukhari )

Sayyidinah Aisyah R.A pernah berkata ;

Sesungguhhnya aku pernah melihat Rasulullah SAW ketika didatangi wahyu padanya , iaitu pada suatu hari yang sangat sejuk cuacanya . Setelah selesai , keningnya benar benar bercucuran peluh . "


Di dalam sebuah Hadith yang lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunia dan Hakim dari Ibnu Mas'ud R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;

"Sesungguhnya Ruhul Qudus membisikan ke dalam Qalbuku bahawa seseorang itu tidak akan mati sehingga dia memperoleh cukup rezeki yang telah ditentukan untuknya . Maka dari itu , takutlah kepada Allah dan berbuat baiklah dalam mencari Rezki . "

Wallahualam

8 comments:

hazlina said...

original msg from

http://humble-babysitter.blogspot.com/2009/03/maksud-gelaran-ummi-yang-sebenarnya.html

UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud. Maksud yang pertama ialah INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu ~ tempat letaknya segala sesuatu ~ dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Blog Surau Al Amin Shah Alam Seksyen 18 بلوڬ سوراوالأمين شاه عالم سيكشن ١٨ said...

Assalamualaikum WBT ....


Syukran ya Makhluk Allah yg bernama Hazlina ...
Saya bukan nak melawan para Alim Ulamak mahupun Hukamak..akan ttp ..apa yg sya blajar ..sememangnya Nabi Muhammad memang seorang yg Buta huruf dan tidak tahu membaca...dan ini sebenarnya adalah satu kelebihan buat baginda..kerana ...nanti org Kafir tak boleh mendakwa "Syair" yg dibawa baginda dicipta sendiri oleh beliau ...Sedangkan Nabi tak pernah pon bersyair di Pasar Ukaz, .. Mana mungkin seorg yg Ummi mampu merekacipta sebuah "syair" yg sangat hebat !
Wallahualam bissawab

hazlina said...

wasalam...
thanks ustaz...
saye cuma menyatakan pendapat saya sahaja...
syukran jazillan...
hazakallahu khair..
May Allah bless us all...

Blog Surau Al Amin Shah Alam Seksyen 18 بلوڬ سوراوالأمين شاه عالم سيكشن ١٨ said...

Salam ;

xpe xpe..aku pon sebenarnya dulu mcm ko jugak ..menafikan Nabi itu Ummi ..Sebab aku fikir Nabi Nabi itu dicipta tanpa kelemahan . Macam Nabi Daud ...suara nye merdu ..kalau Yusuf ..Nabi yang Hots.haha..
Tapi Nabi Muhammad ni dicipta lain dari yang lain atas sebab yg sya katakan lah sbelum ni ..

hazlina said...

hehehe..
thanks for the post though...
keep on writing
coz we need this kind of reading material...
syukran jazilan

Blog Surau Al Amin Shah Alam Seksyen 18 بلوڬ سوراوالأمين شاه عالم سيكشن ١٨ said...

Qola ;







Mak aihhh.speaking..haha

Aku sebenarnya ambil dari kitab2 ugama ..cumanya aku bawak dgn cara aku sendiri..iaitu ? berjenaka..

hehe

Syed Azaharul said...

nama lain: angel Gabriel

Muhammad Irfan ; Ibnu Rani said...

qola ;

Aku dah taruk aritu . tp aku cut terus aku tak ingat nak letak balik . Jazakallah igtkan aku :)