Wednesday, June 22, 2011

Tafsir Ayat 1 hingga 3 surah 'Abasa

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Hari ini saya nak kongsikan tentang kisah sirah berkenaan Nabi Muhammad yang asyik nak berda'wah kepada pemimpin Quraisy sampai terlupa ada seorang hamba Allah yang ketika itu mahu dida'wah .

Abdullah Ibn Makhtum , si buta yang ingin menuntut ilmu daripada Nabi Muhammad SAW . Ketika itu , Nabi Muhammad sedang berda'wah kepada pembesar Quraisy . Lantas , Nabi bermasam muka kerana Abdullah Ibn Makhtum menganggu Nabi menyampaikan da'wah .

Firman Allah dalam surah 'Abasa ;

Ia memasamkan muka dan berpaling,


Kerana ia didatangi orang buta.

Dalam ayat pertama dan kedua , para ulama kaji , mengapa Allah Taala mengguna perkataan "Ia" ?

Para Ulama menyatakan , "Ia" digunakan untuk menjaga air muka dan menegur dengan cara yang lembut dan nak membesarkan nabi .


Kemudian , Allah SWT tegur nabi Muhammad kerana baginda telah bermasam muka .


Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!

apabila ayat ketiga ni Allah Taala menggunakan kalimah ''engkau'' , masalah ni dah jadi tak serius .

Nak berda'wah kita kena cari yang lebih nak menerima da'wah . Sekarang ni , Abdullah Ibn Makhtum dah islam , dan dia mahukan penyucian jiwa .

Kisah ini , Nabi Muhammad ditegur kerana dia telah buat kerja yang lebih . Tugas yang telah ditugas kepada Nabi Muhammad ialah berda'wah bukan menjaga atau mengekor sahaja orang yang hendak dida'wah .

Cikgu tu tugasnya hanya mengajar dan mendidik anak muridnya , tetapi jikalau ditakdirkan anak muridnya sakit , dia pergi hantar anak muridnya ke klinik . Cikgu pergi belanja anak muridnya makan . Itukan diluar bidang tugas seorang guru ...

Hidayah tu kan milik Allah , pembesar Quraisy tu beberapa kali dah dida'wah , tetapi still menolak islam . Mengapa bila ada orang yang nak ilmu , kita tak nak kongsikan ?

Maka , setelah ditegur , nabi Muhammad terus meninggalkan pembesar Quraisy dan menuju terus ke Abdullah ibn Makthum lantas membentangkan serban baginda.

" duduklah diatas kain serban aku ,'' kata baginda Nabi Muhammad SAW kepada Abdullah Ibn Makhtum .

Persoalannya ?

Adakah nabi Muhammad berdosa ?

Oh tidak , bukankah para rasul dan nabi itu tidak berdosa ?

perbuatan itu tidak berdosa tetapi kesalahan teknikal . Salah tetapi tak berdosa .

Nak senang faham macam ni lah , makan nasi dalam cawan , salah tak ?

salah , tetapi berdosa tak ? tak bukan ?

Kesimpulannya , nabi Muhammad ditegur kerana telah membuat kerja yang agak lebih bukan kerana berdosa .

Akhir kata , nak tegur orang kena cara bilhikmah .

Kalau perasan ayat 1 hingga 3, ada tak Allah sebut nama nabi Muhammad ?

tak ada kan ? jadi kena pandai jaga hati orang . Dalam surah ni , Allah Taala tunjukkan kaedah nak tegur orang . Kenapa tak tiru ?

Serupa jugak bila kita nak mufaraqah ( keluar dari mengikut imam ) , imam tu solat lintang pukang , kita dah jadi makmum dia ni . Maka , kita niat sahaja untuk mufaraqah tetapi perbuatan still ikut imam tu .

Wallahu'alam bissawab .

2 comments:

Anonymous said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maaf, sefaham saya yg faqir ini, bila mufaroqah dari imam, maka kita tak ikut perbuatan dan pergerakkan dia lagi melainkan atas diri sendiri.

Wallahu'alam.

Muhammad Irfan Abdul Rani said...

Waalaikumussalam :)

Syukran kerana menegur. Saya mengambil qaul daripada guru saya. Dan guru saya bukan maksum. Mungkin beliau tersilap ketika mensyarahkan perkara ini. Semoga Allah merahmati kita.

Jazakallahu khairan khatheera kerana menegur saya.