Friday, July 29, 2011

3 Rasul plus sorang pengikut ~

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Al-Quran ada kisah sekarang , mendatang dan masa lampau . Ini membuktikan al-Quran bukan ciptaan Nabi Muhammad SAW .

Tetapi perlu dingatkan , al-quran bukan kitab cerita , kitab sejarah , kitab sains dan bermacam macam kitab tetapi ada unsur cerita , sejaran , sains dan seangkatan dengannya didalam al-quran .

Harini , saya nak fokuskan kisah didalam surah yaasin . Siapa tak kenal surah yaasin . Sampai naik lonjong mulut dibuatnya pagi petang siang malam baca . Nak nak , kalau hari nisfu syaaban . Mulut tu boleh sangkut hanger , boleh sidai baju .

Semua orang , rata-rata kalau saya baca boleh sambung sikit sikit kat hujung ayat . Tetapi ramai tak tahu kisah , mesej didalam surah yaasin itu ?

Yaasin diturunkan di Makkah . Surah yang diturun di Makkah berkisar tentang aqidah .

Saya kali ni , nak fokuskan bermula dari ayat 13 surah yaasin .

Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah kampung (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami) ,



Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.

Yaasin diturunkan untuk hiburan kepada Nabi . Nabi rasa macam down sebab orang kafir tak nak dengan islam . Kalau kita faham dalam ayat 14 ni , .. da'wah tu memang susah . 2 nabi tu . Diorang punya degil sampai Allah Taala utus nabi yang ke 3 . Nabi Muhammad sengsorang lagi lah susah tapi yang penting jangan rasa putus asa .


Pergi balik kepada ayat 13 . Perkataan " QarYah " bermaksud kampung atau kawasan . Satu kawasan ada 3 orang nabi ? fuiyoo , lagi fuiyo nabi Muhammad bukan diutus untuk orang Arab ja , atau bani Hashim ja tetapi for All !

Tak dinafikan , da'wah ada yang senang . Nabi Muhammad juga pernah berda'wah senang dan cepat . Seperti Abu Bakar dan Khadijah .

Nabi Muhammad juga berda'wah dalam keadaan yang susah . si Abu Talib , tak putus nabi ajak masuk islam , sampai nak mati pun Abu Talib tak nak masuk islam . Abu Jahal dan Umay bin Khalaf pujuk Abu Talib mati dalam keadaan beriman dengan nenek moyang diaorang . Akhirnya ya , '' aku beriman dengan nenek moyang aku . " sedih nabi Muhammad .



Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan) ; Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".


Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,


"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".


Penduduk bandar itu berkata pula:

"Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

Orang kafir kalau tak suka kepada apa yang dida'wah , ada 2 perkara yang diorang ni akan buat ;

1 . Dia tentang agama islam habis-habisan .
2 . Ugut untuk melaksanakan rejam atau azab yang pedih .

Menunjukkan apa ? menunjukkan egonya orang kafir ni .

Rasul-rasul itu menjawab:
"Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".


Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

Habib an-Najar ialah pemuda yang lari kepada kepada 3 orang rasul tu . Tidak ada dalil pun dari hadith berkenaan nama pemuda tersebut . Ia berpandukan dail dari agama nasrani . ( marwiyat al-israiliyat )

Aik , tadi ayat 13 , Allah gunakan kalimah QarYah ( kampung ) tetapi apsal ayat 20 ni kalimah Madinah ( Bandar ) pulak ?

Sebenarnya maksudnya sama , dan bukankah sebelum bandar ialah kampung ?

Saya ingatkan balik , da'wah memang bukan senang . Susah woo . Tetapi cubalah untuk gagal jangan lah gagal sebelum mencuba .

Wallahu'alam .

No comments: