Wednesday, July 20, 2011

Dunia dihujung jari

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Dunia , dunia kalau kita dah terpikat bukan mudah menyusur tangga ke angkasa . fu yehh . eh apsal ternyanyi lagu haram dadah ni ?

dunia kalau kita dah terpikat bukan mudah nak melupakan dia , ibarat budak yang diberi aiskrim .

Aiskrim tu memudaratkan , buat kanak-kanak jadi batuk batuk . Kalau kita ambil aiskrim dari budak tu , pasti diorang nangis . Kalau dibiarkan , memudaratkan diorang . Dunia juga begitu !

Paderi Kristian , sebahagian dah tahu Islam tu agama yang benar , bahkan Injil juga membenarkan , tetapi sebab diorang dah biasa dengan hadiah , sebab tu diorang melambatkan diri bahkan tidak mahu menerima islam . Hanya kerana benda !

Bagaimana mahu menghapuskan sifat suka kan benda ?

Kita ada sebuah anak patung , masa kecik kita begitu sayang dengan anak patung tu , bawak pergi zoo , pergi taman ... , tiba masa kita dah besar , kita nak pergi kolej , perlu ke kita anak patung ? silap-silap , ada yang buat tak endah je dengan anak patung tu ( macam cerita Toy Story 3 jeh . haha )

Apa masej disebalik kisah ni ?

Ilmu ! ilmu itu menyebabkan berusaha memasukkan iman dalam dada kita insyaAllah ianya membantu kita meninggalkan dunia secara automatik .

Zaid bin Harithah , isterinya , Zainah binti Jahasy seorang wanita yang kaya . Sedangkan Zaid seorang hamba . Isterinya dok merendah rendahkan Zaid . Memang tabiat orang arab , diorang memandang kepada kebendaan .



Yusuf Estes yang lahir di MidWest juga seorang yang kuat kepada agama Kristian , diberi tanggungjawab oleh bapa untuk bisnes bapanya di Amerika .

Masa Yusuf Estes menguruskan syarikat ayahnya , ada seorang pekerjanya bernama Muhammad yang bekerja sebagai Akauntan .

Muhammad ni time masuk je waktu solat , dia terus solat . Yusuf Estes ni dia memang benci kan islam , anti islam tetapi dengan Muhammad , dia suka . Muhammad ni jaga solat , kerja dia pun tertib dan kemas .

Satu hari kawan Muhammad nak pindah rumah , Muhammad pun kena pindah sekali la sebab tak mampu bayar sewa . Kiranya , Muhammad kena berhenti kerja lah .

So , Yusuf Estes ni punyalah sayang kat Muhammad , dia suruh Muhammad tumpang rumah dia disamping mempunyai agenda yang tersembunyi .

Yusuf Estes ni dia ajak seorang paderi , untuk temankan Muhammad untuk mermutadkan Muhammad .

Muhammad ni seorang yang rajin pergi solat di masjid time subuh , so paderi tu macam berminat nak ikut Muhammad pi masjid . dia pun pi ikut Muhammad .

Lepas je tengok Muhammad solat di masjid , paderi nak masuk islam , maka Imam di masjid tersebut pakaikan jubah dan serban pada paderi tersebut .

Bila paderi dan Muhammad balik rumah , Yusuf Estes terkejut lah , orang suruh Paderi murtadkan orang , dia pulak yang ''murtad'' .

Maka subuh tu jugak Yusuf Islam tergerak hati pergi bersujud dibelakang rumah . Dia mengadu kepada tuhan ,

" ya Tuhan , jika engkau wujud , berikanlah aku panduan . "

Lepas sujud , dia naik mandi bersihkan diri apa semua , pukul 11 pagi dia masuk islam bersaksikan Pete si bekas Paderi dan Muhammad .

Jadinya , nak perjuangkan iman ni bukan mudah , kena bersihkan hati dengan quran , dengan ilmu , dengan zikir , dengan mengingati mati .

Kena yakin dengan perjuangan dan da'wah yang cuba disampaikan .

Kalau kita bukak al-quran surah an-Nisa' ayat 97 , kisah ni memuatkan pasal sohabat nabi yang mengambil dunia . DIorang tak sahut panggilan hijrah .

Segelintir kecil tak nak berhijrah , alasan susah nak cari rezqi kat tempat baru .

Dalam peperangan badar , Abu Jahal paksa diorang ni jadi tentera . Akhirnya dibunuh dalam peperangan . Malaikat terkejut , " eh , ni bukan orang islam ke , apehe pi tolong Abu jahal , orang Kafir ? "

Maka balasan diorang ialah Neraka Jahanam ..

Tahniah !!! .

No comments: