Sunday, July 10, 2011

Fardhu Puasa ~


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad



Ketika difardhukan puasa , cuaca begitu panas .

Ada satu soalan yang saya nak kongsikan .

" Ustaz , kalau kita berpuasa , tapi tak solat sebab penat . Boleh ke ? "

Perasan atau tidak , tak kira siapa , yang tak tutup aurat , yang mengumpat , yang menonton bLUEcah , dia puasa tapi tak solat !

Pahamkan konsep solat , solat mencegah kemungkaran . Kalau tinggalkan solat , ertinya telah mencegah kemakrufan , melakukan maksiat dan telah meruntuhkan agama .

Islam menjaga solat , walaupun dia berumur 7 tahun .

Kalau 5 tolak 1 boleh tak ? apa jawapan dia . Kaedah matematik jawapannya ialah 4 , tapi islam , tolak benda yang wajib satu ... jawapannya kosong .

Bila kejut sahur , laju je bangun . Tapi bila kejut suruh solat subuh ..

" La ikra ha fiddin " ..

banyak la ''tak ada paksaan dalam agama " . ayat ni ditujukan kepada orang bukan islam bukan kepada orang islam ..

Baik ,

kita pergi balik kepada tajuk puasa tadi ,

Tahukah kita , bahawa beruang polar atau ( lebih dikenali sebagai Beruang Kutub ) juga berpuasa , lagi lama daripada kita iaitu selama 3 bulan . Untuk apa dia tidur ? untuk membakar lemak-lemak dia . Sepanjang 3 bulan tu kerja dia tidur je . Proses ini dikenali sebagai hibernasi .

Jadi , kalau ada kawan - kawan kita yang bila puasa je tidur , ada dna keturunan kot dengan beruang ...

Puasa sememangnya membakar lemak , perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan yang diwartakan oleh seorang Doktor dari Russia yang bernama DrNicolus .

" Penduduk Russia kena benar-benar menjaga pemakanan , ( dalam konteks islam , puasa ) , tidak kurang 3 minggu dan tidak lebih 4 minggu . "

Nampak tak kenyataan tersebut , islam dah jaga lama dah benda ni . Bahkan semua doktor didunia menyatakan , semua penyakit datangnya daripada pemakanan .

Kencing manis , diabetis , gaot ( bukan go Out ) dan macam macam lagi . Bahkan penyakit hati juga datangnya dari pemakanan .

Teringat dengan lagu Jalil Hamid - Makan ,

" Negara lain kebulur mati tak makan ,
Tapi kita ( Malaysia ) mati kerana banyak makan ... "

Mungkin ada yang tahu , dan ada yang tak tahu ,

Pada masa puasa disyariatkan , kalau tak larat dibenarkan makan ataupun bersedekah . Cuba lah buat masa sekarang kalau nak naik van jenazah .

Begitu juga dengan solat , solat pada mula dahulu boleh bercakap ,

" Masbuk ye , Mana yob , ? lambat datang . "

" Oh , tadi ada roadblock "

" Tulah , anta pakai baju warna kuning sapa suruh . "

Lepas solat dah tak boleh bercakap , Muawiyyah sohabat nabi , boleh pulak jawab bersin dalam solat . Maka , sohabat lain tengok je Muawiyyah . Muawiyyah apa lagi , dia tak tahu yang tak boleh cakap dalam solat . Sohabat yang dengar muka lain macam .

Maka lepas solat , nabi nasihat kat Muawiyah bahawa solat dah tak boleh bercakap .

Bila dah tahu , jangan gatal-gatal nak cakap dalam solat .

Selingan jap ;

3 budak sedang bersolat ;

" Hatchuum ( bersin ) , alhamdulillah .. lega .."

" Hei mana boleh bercakap , nanti batal lah solat . Kalau zaman dulu boleh la bercakap , ustaz kita yang cakap . Tapi zaman sekarang dah tak boleh , nanti batal . "

" ( bercakap dalam hati ) , lah , yeke , kita baru tahu . Nasib baik kita tak bercakap dalam solat . "

dalam surah al-Baqarah ayat yang ke 184 . Firman Allah .

( Puasa yang diwajibkan oleh Allah ) beberapa hari sahaja ...

Allah gunakan kalimah beberapa hari je . Psiko tu , nak suruh kita puasa , ''je'' tu nampak macam 3 hingga 4 hari , tetapi sebenarnya 4 minggu .

Beginilah , kita nak beli IPAD tapi duit kita kumpul ada sedikit . Apa ayat yang kita guna untuk memotivasikan diri .. '' sabarlah wahai diri , tinggil sedikit je nak kumpul nak beli IPAD . "
walhal nak beli IPAD tu sama dengan untung bersih gaji kita 3 tahun .



Jadi ingat , kita puasa bukan sebab nak kurus , tapi nawaitu pertama kita kerana Allah .

Sebab tu Yusuf Qadrawi kata apa tentang puasa ramadan, dia olah balik apa yang diungkap kan oleh Saidina Abu Bakar tentang kematian nabi Muhammad .

Saidina Abu Bakar kata ;

Sesiapa yang menyembah nabi Muhammad , maka nabi Muhammad telah wafat .
Tetapi sesiapa yang menyembah Allah , maka Allah itu terus hidup .

Apa kata Yusuf Qadrawi ?

" Sesiapa yang menyembah ramadan , ramadan telah berlalu .
Tetapi siapa yang menyembah Allah , Allah sentiasa ada . "

Wallahu'alam bissawab .

Berjuang Untuk Matlamat Islam ( BUMI ) ~

No comments: