Sunday, August 21, 2011

Saya sayang Laila

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Dalam bulan puasa ni , nabi suruh kita cari kekasih bernama Laila .

Nabi suruh cari kekasih ? kau bawak hadith dhoif ni !!! Couple tu haram !

haha . Rileks derr . bukan Laila , awek yg tip top tu . Lailatul Qadar la . Huhu .

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Qadar ?

al-Qadr ialah hari dimana , kita ditetapkan , ditakdirkan Allah untuk menerima jodoh , dituliskan ajal maut , musibah dan sebagainya . Korang boleh check benda ni dalam kitab Tafsir at-Tabari .

Lailatul Qadr , bukan malam lailatul qadr . Lailat tu dah bermaksud malam . Berapa kali nak malam ? haha

Macam tu jugak perkataan Syak wa sangka , Hasad dengki .

Syak tu bahasa arob sangka tu pulak , bahasa Melayu ...

Nasib baik tak , Siak Surau suka nangka . huhu .


Nabi bersabda ;

Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan .

( HR Bukhari )


Nabi suruh kita cari lailatul Qadr dengan bersungguh sungguh . Macam kita nak pilih baju raya , ada tak kita ambil je baju raya tu terus bayar ?

Tak bukan , kita mesti pilih size dulu , lepastu , warna . Corak nya . Satu baju kita nak beli sama dengan satu hari lamanya . Masjid kemana , solat kemana ...

Kita kena cari Lailatul Qadr ataupun malam al-Qadr , macam mencari barang yang tercicir . Kita tak akan cari dengan sambil lewa .

Katakan lah , kita dah balik shopping , sedar - sedar , anak kita dah hilang . Ada tak kita kata ," biarkanlah ... anak boleh buat lagi . " ? tak ada kan ?


Cuma , saya kat sini nak ambil peluang lah . Nak tegur diri saya dan semua .

Mana boleh kecoh-kecoh kat orang tentang date korang dengan Lailatul Qadr tu . Maknanya , korang diam-diam je lah dulu kalau dah terjumpa Lailatul Qadr . Jangan nak kecoh-kecoh kat orang . Ni tak , pi tulis pulak dalam fb .

Sebab apa , saya kata jangan tulis ? sebab menimbulkan fitnah , menimbulkan kucar kacir dan huru hara .


( Gambar hiasan je )

Confirm ke air tu beku secara tiba-tiba ? kau dah letak dalam freezer , memang la beku .

Pokok kat rumah kau tu bukan ruku' . Tapi layu , berapa hari dah kau tak bagi dia makan ? kau ingat dia puasa jugak ke ?



Betul , memang betul ada perkongsian dari pengalaman beberapa orang Ulama silam tentang tarikh lailatul qadr . Mereka menyatakan kalau puasa start sekian sekian sekian maka lailatul qadar akan muncul pada tarikh sekian sekian sekian . Itu based pengalaman ulama' .

Takkan tak faham hadith nabi , yang nabi iktikaf sungguh-sungguh 10 malam terakhir ?


Kita tak , akhir Ramadan bukan sibuk dengan Lailatul Qadr tapi sibuk di Lailatul Kamdar . huhu .
Bila kita cakap pasal ni , saya teringat satu selingan . Kisah antara Nujum Masai dan Pak Belalang .

Nujum Masai : Jika tuan bijak bestari , marilah jawab soalan hamba .

Pak Belalang : Silakan .

Nujum Masai : Apakah , 1 . Banyak-banyak , 2 . Sedikit - sedikt , 3 . Kadang-kadang , 4 . Jarang-jarang ?

Pak Belalang : Itu senang saja , jawabannya ialah solat .

Nujum Masai : Jelaskan .

Pak Belalang : Baiklah .

1 . Banyak-banyak ; iaitulah pada minggu first solat terawih , pada solat sunat raya dan solat Jumaat . Mereka ini digelar sebagai ahli sunat wal Jumaat .

2 . Sedikit-Sedikit ; iaitulah pada solat jemaah .

3 . Kadang-Kadang ; iaitulah pada solat Subuh .

4 . Jarang-Jarang ; iaitulah pada solat Qiam .

Waallahu'alam

2 comments:

Afikah Aziz said...

dah jadi fitnah bile buat cm tu kn irfan..bile org yg kurang ilmu mesti akan cakap mcm yg last tu,maaaf la, tp tu la nabi pesan jgn duk heboh,bile heboh jd cmni la,dh xnk berusaha cr Al Qadar lg,dah rasa amalan yg dibuat selama ni sia-sia,Astaghfirullahal Azim =(

محمد عرفان بن عبدالراني said...

Qola ; Kesian ... dorang lupa bahawa bulan puasa ni ditingkatkan pahala ibadat . Kenapa tak kejar yang tu pula ? Memang la dosa tak buat , tp tak guna jugak dlm pd masa yg sama pahala pun tak buat . huhu