Friday, March 30, 2012

dr.Black Jack

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

Seorang anak kecil yang dapat diselamatkan melalui pembedahan terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan bom. Namun tidak bagi ibunya, ibunya tidak dapat diselamatkan oleh doktor pakar yang bernama Dr.Honma .


Peristiwa yang menyayat hati inilah disamping membalas jasa Dr.Honma menjadi pendorong untuk dia menjadi seorang manusia yang berskapel dan menjadi permintaan orang ramai dalam pembedahan kerana dia bukan insan yang biasa, dia bukan Black Jack, tetapi dia Dr.Black Jack!



Hand of god


‘El pibe de oro’ (the golden boy) atau nama sebenarnya Diego Armando Maradonna, beliau seorang pemain bola yang hebat dalam World Cup 1986. Apa pula kaitan dengan animasi Dr.Black Jack? Kiranya, Madonna ni hebat kerana dianugerahkan nama gelaran. Dr.Black Jack juga tidak ketinggalan memiliki nama gelaran.


Kedengaran agak bodoh, tetapi itulah jalan ceritanya. Dr.Black Jack memiliki nama gelaran kerana dia tersangat hebat dalam bidang kedoktoran walaupun dia tidak memiliki lesen dalam bidang kedoktoran. Saya suka mengaitkan kisah Dr.Black Jack ini dengan pahlawan agung islam Khalid al-Walid.


Khalid al-Walid telahpun dipecat oleh khalifah Umar bin al-Khattab kerana mahu menukar pemikiran umat Islam bahawa mereka menang dalam peperangan kerana kehendak Allah dan bukan kerana makhluk iaitu Khalid al-Walid. Asal Khalid al-Walid masuk berperang je confirm menang. Asal menang je confirm sebab Khalid al-Walid jadi panglima peperangan.


Berbalik kepada kisah Dr.Black Jack, mengapa saya buka kisah Khalid al-Walid? Jalan kisahnya hampir sama, asal Dr.Black Jack masuk bilik pembedahan je, confirm pembedahan laksana dengan jayanya. Dari situ timbul gelaran untuk Dr.Black Jack; the hand of god.



Bayaran Pembedahan hand of god


Sewaktu nabi Muhammad menghantar Muadz bin Jabal menjadi gabenor, nabi ada memesan:


“Permudahkan jangan memayahkan, gembirakan jangan menakutkan.”


Lelaki yang hebat dalam bidang kedoktoran tanpa memiliki lesen yang sah ini juga terkenal dengan bayaran pembedahannya itu. Doktor bedah yang berwatakan pendiam tetapi cool ini mengenakan bayaran yang terlampau tinggi dan agak sukar dipenuhi tuntutan oleh orang awam.

Namun begitu, masih ramai orang yang bergantung harapan pada the hand of the god ini. Jangan ditanya mengapa, anda sudah tahu jawabannya. Seolah-olah dia mampu menyelamatkan nyawa setiap penyakit kritikal yang dibedahnya. Sepertinya dia malaikat maut yang kedua. Jadi tidak hairanlah mengapa dia digelar the hand of the god.


Nabi menyuruh kita permudahkan dan jangan memayahkan. Tetapi, lelaki bertangan tuhan ini seperti mahu ‘mencekik darah’.Disini, saya tampil untuk memberi pandangan.


Pandangan saya menyatakan, Dr.Black Jack sengaja meletakkan keadaan yang tertekan kepada yang orang yang mahu pesakit dibedah kerana mahu menguji kesungguhannya berkorban harta.


Kita seperti bola angin yang ditekan kedalam air, makin ditekan semakin sakit dan apabila dilepas, akhirnya bola itu akan naik keatas dengan lajunya. Itulah keupayaan manusia apabila dia tertekan.


Apabila kita belajar berkenaan syariah, akan ada salah satu prinsip umum syariah islam iaitu beban yang sedikit. Islam itu mudah tetapi jangan dipermudahkan. Tidaklah kerana islam itu mudah lantas tiada bebanan langsung. Bahkan dalam surah al-Baqarah, Allah kata Allah tidak membebankan kita dengan bebanan yang kita tak tertanggung. Bebanan itu nampak beban, tetapi ianya dapat dilaksanakan oleh kita. Misalanya puasa, tidak akan ada orang yang berpuasa mati kelaparan. Tetapi orang yang berbuka puasa makan banyak tu ada kes kematian.


Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah apabila sesuatu perkara itu apabila kita dapat melalui cabaran atau tekanan, maka mudah untuk kita hargai. Tetapi, jika sesuatu perkara itu kita dapat secara free atau turun temurun maka lihatlah pengabaian yang kita lakukan. Tidak payah pergi terlalu jauh, lihat sahaja pada agama anutan kita. Adakah secara warisan atau pencarian?



Jangan menonton animasi ini hanya berhibur dan kemudian mengkritik, “apalah Dr.Black Jack ni tamak!” tetapi hayatilah pengajaran disebalik cerita. Tidak semua orang yang dikenakan upah yang mahal. Malah, ada sesetengah keadaan Dr.Black Jack beri perkhidmatan secara percuma. Bukanlah bermaksud Dr.Black Jack sudah terlalu kaya sehingga tidak mahu menerima wang lagi tetapi atas dasar hubungan sesama manusia.



Kesimpulan


Wujudkah lelaki bertangan tuhan? Mampu melambatkan proses kematian? Oh tidak! Itu semua hanya disebabkan pengalaman dan mungkin anugerah tuhan. Malaikat sendiri belum tentu berupaya mengambil nyawa seekor semut tanpa keizinan Allah. Malaikat sendiri tidak mampu mempercepatkan proses kematian tanpa keizinan Allah . Malaikat tidak berupaya melambatkan proses kematian jika tidak diizinkan Allah. Dimana diri kita?


Sekiranya anda mengaku atau mempunyai sahabat yang bertangan tuhan, nyatakan kepadanya “mampukah anda menahan matahari daripada terbit atau terbenam?”

1 comment:

Syed Azharul Asriq said...

wow, macam teks khutbah! best best