Sunday, February 14, 2010

Ikhtilat , menurut Islam ;


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Hukum dan Dalil


Permasalahan 'ikhtilat' kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topik hangat dalam perbualan harian kita. Adayang mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan sebahagian yang lain pulamengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islamyang betul-betul memahami apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat, adakah ianya dibenarkan atau tidak.

Tulisan ini akan cuba mengupas serba sedikit tentang permasalahan 'ikhtilat' dari segi takrif, hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan 'ikhtilat' sertabeberapa jenis 'ikhtilat' yang dibenarkan di dalam Islam.


TAKRIF


'Ikhtilat' berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.

Adapundari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanitabersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawakepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?

Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.


1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT


Dalil Pertama

Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani olehmahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi:

Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

keterangan ;

Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.


Dalil Kedua

Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

DariAisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untukberjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalahmenunaikan haji".


Dalil Ketiga

Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun,pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikansolat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinyadengan syarat:

* . Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
* · Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:

"Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka."

Dalil Keempat

Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita

Islamtelah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketikamenunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antaralelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiriKa'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidakberlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah(keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan)sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersamalelaki.

Dalil Kelima

Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).

Disana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan,lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki danwanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.

2) 'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

Disana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yangdibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengantuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat'yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` sepertiurusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yangmemerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatupermasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yangberkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusantersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:

Persaksikanlahdengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiadadua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan darisaksi- saksi yang kamu redhai.

'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorangwanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupunberlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Danayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadisaksi dalam sesuatu kes.

'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harusbagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilahditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami ataumahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian)antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagiseseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suamiatau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Parawanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut sertabersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Merekamembantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan sertameniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang.Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalamsatu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitandengan agama.

'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam

Adapunwanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untukmenyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat-handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' sepertiini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawabentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidakbermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Inikerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanitawajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitandengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketikamenjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukanmahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanitamemandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupuserta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.

P/ S : Kalau berdua-duaan dalam chatting room macammana ek ? haha

No comments: