Tuesday, February 16, 2010

Nabi Muhammad SAW ; Kenapa kamu , kamu dan kamu tidak rindu kepada Rasulullah ???


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad

kita ikuti pula hadith ni....

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallah anhu:

"Bahawa Rasulullah SAW pada hari Jumaat berdiri berkhutbah di sebatang pokok atau batang kurma.Maka berkata seorang perempuan Ansar,atau seorang lelaki, "Wahai Rasulullah!Biarkan kami mendirikan suatu mimbar untukmu?"Sabda Rasulullah,sekiranya kamu mahu,dirikanlah."

Maka mereka pun mendirikan sebuah mimbar untuk Baginda SAW.

Pada hari Jumaat,Rasulullah pergi ke mimbar tersebut.

Lantas berteriaklah batang kurma yang pernah menjadi tempat Rasulullah bersandar ketika berkhutbah seperti tangisan anak-anak.

Lalu Rasulullah turun dari dari mimbar dan memeluk batang kurma itu.

Maka hilanglah suara tangisan seperti tangisan kanak-kanak yang diredakan oleh Rasulullah dan baginda bersabda

"Ia menagis disebabkan zikir yang sering didengari disisinya telah hilang (sebab Nabi SAW tidak lagi berkhutbah di sisinya)."


Dalam riwayat lain menyatakan batang kurma tersebut menjerit sepeti suara lembu sehingga ia pecah dan terbelah.

Baginda SAW bersabda "demi diriku yang berada dalam kekuasaanNya, sekiranya aku tidak memujuknya,nescaya ia berterusan dalam keadaan sedemikian sehingga hari kiamat."

Berkata ABU al Qasim al Baghawi:Apabila Hasan Al Basri menceritakan batang kurma itu,beliau kan menangis seraya berkata ,

"wahai hamba Allah!Batang kayu merintih kerana rindu terhadap Rasulullah SAW setelah berpisah dengannya,maka
kalian adalah lebih berhak merindui pertemuan dengan Baginda SAW."


Pembaca Blog sekalian ; mari kita tonton kuliah Ustaz Ismail Kamus berkenaan Maulid Nabi ..
KLIK



P/s : korang selalu menangis tengok cerita orang mati ..itu cerita bukan betul , ..ni Nabi Muhammad dah wafat ...kenapa korang tak menangis ?jawab la ...haha

No comments: