Saturday, May 29, 2010

Pantun Sahabat Nabi


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad



Kali ni entri saya ...saya muatkan satu pantun..pantun ni memang cukup saya suka..baca 2 hingga 3 kali sehari pun tak bosan..ada mesej...

Pantun ni dibuat oleh sayalah..haha

Pantun ni jugak telah mendapat johon dalam segmen pantun nasihat bersama Kak Dj Siti Rohani Surani , Dj IKIM.fm ..hehe..promote sket..ekeke



Nabi Muhammad contoh teladan ,

Kerana Akhlaknya ialah Al-Quran ,

Hendaklah kita mengingati Tuhan ,

Kerana ia menjana ketenangan .


Abu Bakar pengganti Nabi ,

Sebagai Imam juga pemerintah ,

Hendaklah kita mengingati mati ,

Kelak hidup diredai Allah .


Umar Al-Khattab pentadbir yang ulung ,

Sifat ammarahnya kerana Allah ,

Tiada guna pangkat digulung ,

Jika tidak bersyukur kepada Yang Maha Pemurah .


Uthman Bin Affan ahli korparat ,

Seorang warak dermawan pula ,

Jika hendak dihormati masyarakat ,

Hiduplah kita berbudi bahasa .


Ali Bin Abi Talib pemuda berani ,

Kanak kanak terawal memeluk Islam ,

Syariat Islam mesti ditaati ,

Elakkan hati menjadi kelam .


Bilal Bin Rabbah muazzin pertama ,

Senantiasa berwuduk dan bersuci ,

Hambakan diri sentiasa kepada Yang Esa ,

Kelak syurga kita duduki .


Hamzah Bin Abdul Mutallib pengatur strategi ,

Asadullah berperang di jalan Ilahi ,

Kepada Syaitan jangan dimaki ,

Kepada manusia apatah lagi .


Abu Hurairah perawi Hadis ,

Majlis ilmu sentiasa dihadiri ,

Hafazlah kalamullah sehingga fasih ,

Untuk akhirat juga duniawi .



Abdul Rahman Bin Auf peniaga berwawasan ,

Seorang Jutawan lagi dermawan ,

Berhati-hati memilih kawan ,

Elak hidup dalam kemaksiatan .


Yang sedihnya ...saya tak hantar alamat rumah ...patutlah 4 bulan menunggu hadiah tak sampai - sampai ....kawan saya kata ," patut la menang...sebab tak bagi alamat rumah . "...hahaha

6 comments:

Anonymous said...

salam irfan.....best la pantun ni,nk copy leh,kak ika nk letak kat blog kak ika hak3....

محمد عرفان بن عبدالراني said...

qola ;

silakan kak... patut la kenal .haha
kak ika rupanye ..silakan la..

Unknown said...

Takda pantun berkaitan dengan satu persatu sahabat nabi

Unknown said...

Takda pantun berkaitan dengan satu persatu sahabat nabi

Unknown said...

Berkaitan saidina abu hurairah ke

Unknown said...

Berkaitan saidina abu hurairah ke