Wednesday, September 15, 2010

Syeikh Qadir Jailani ; Kucing mengejutnya untuk solat Subuh ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Satu hari , akibat keletihan yang amat sangat , Syeikh Abdul Qadir al-Jailani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba .


Melihat keadaan itu , Syaitan pun buka langkah dengan menyamar sebagai seekor kucing lalu menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir .

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun . Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk . Dalam pandangan mata hatinya , Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu .

" Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh , padahal kau amat benci kepada orang yang solat ? "

" Aku bimbang , sekiranya kau terlewat bangun Subuh ," jawab Syaitan .

Kehairanan , Syeikh Abdul Qadir bertanya , " Kenapa ?"

Staitan terpaksa menjawab kerana dia takutkan orang yang takutkan Allah .

" Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh , kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan amalan yang lebih banyak dan lebih serius , " Kata Syaitan .

Tambah Syaitan itu lagi ,

" Kau akan bersedeqah , kau akan membantu orang lain . Kau akan mengajar lebih lama . Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit . Dengan itu nanti , aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah . Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar . Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya , dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan amalan baikmu itu nanti . "

Wallahu'alam

5 comments:

kelisa_samudera said...

saya sebenarnya tak begitu percaya dengan cerita ni. soalnya, boleh ke syaitan menjelma menjadi ssuatu yg lain? kalo boleh menjelma, napa dia cuma menjelma dalam citer wali dulu2 je. skang ni takde.

saya takut citer2 macam ni cuma israiliyyat saja. tapi tak tau le. sebab saya pun org yg jahil.

Blog Surau Al Amin Shah Alam Seksyen 18 بلوڬ سوراوالأمين شاه عالم سيكشن ١٨ said...

Salam ;

hmm .. Syaitan mmg mampu menjelma dlm bentuk2 yg lain ;

biasanya dlm warna hitam ..cth binatang ; anjing dan ular...

kadang2 syaitan mampu menjelma sbg manusia ...

Ulama berselisih pendapat bahwa syaitan dan jinn adalah sama .. x kesah la semua tu..

Ada pulak pendapat Jinn satu keturunan dgn Iblis ..Iblis adalah bapak segala bapak Jinn ..( Mi jann )

tp kalau jinn ..confirm mmg boleh berubah rupa...

Saudara , saudara jgn risau ..saya ambil petikan artikel ini dari Malajalah Solusi isu 23 ...
Artikel dalam blog saya ni 100 peratus ambil dari kitab dan sedikit apa yg sya dgr dari kuliah2 agama dari surau..

kelisa_samudera said...

mmg saya baca dalam majalah solusi. kebetulan plak saudara masukkan dalam blog. dalam majalah solusi yg sama ismail kamus tulis mmg iblis adalah dari kalangan jin. dan jin boleh berupa bentuk. yg bermain di fikiran saya ialah saya ada terbaca kadang2 cerita ulama zaman dulu ditokok tambah.(israiliyyat).

apa pun terima kasih. satu penambahan ilmu untuk kita berdua. :)

Syeikh Irfan سوراوالأمين شاه عالم سيكشن ١٨ said...

Salam ,

Saya da check kitab ... Syaitan dan Jinn adalah same .. syaitan adalah nama gelaran Jinn kerana syaitan bermaksud buruk dan membawa kerosakan ...

Wallahualam ...

dalam blog saya ..hanya ada satu cerita israililyat .. kisah Malaikat harut dan marut .. bace lah .hehe

saudagar lembu said...

salam.. israiliyat tu maksudnye mcm hadis palsu ke? cerita syeikh qadir nie bole share x?