Wednesday, December 1, 2010

Masjid Negeri Shah Alam


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( MSSAAS ) yang terletak di Shah Alam adalah masjid Negeri Selangor .


Kerja pembinaan masjid yang terletak di atas tapak seluas 35 ekar bermula 1 oktober 1983 .

Masjid yang dikenali sebagai "Masjid Biru" dalam kalangan pelancong ini mempunyai kombinasi seni reka bina tradisional Islam , Asia Barat , India , Barat dan ciri - ciri pembinaan Melayu .

Keunikan masjid ini ialah pada kubah besarnya yang mempunyai ukuran garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi dengan disokong oleh lapan tiang berbentuk empat segi .


Masjid ini mula digunakan pada Khamis , 3 Disember 1987 untuk solat Jumaat .

Pembukaan rasminya disempurnakan oleh Sultan Selangor ; Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 Hijrah .

Wallahu'alam

2 comments:

Syed Azharul Asriq said...

Dulu menara masjid ni merupakan menara masjid tertinggi di dunia

محمد عرفان بن عبدالراني said...

qola ;

aku tau .haha

aku baca kat Libary Raja Tun Uda kat seksyen 14 . besar2 dia tampal kat dinding pasal masjid ni.haha