Wednesday, February 16, 2011

al-Azhar perintis sebahagian Ulama


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


sejak dulu nama universiti Al-Azhar sudah terpahat dihati umat islam negara ini .
Ibu bapa akan berasa bangga jika anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti termasyhur dunia islam kini .


Universiti al-Azhar atau juga al-Azhar al-Shareef ( Azhar yang mulia ) , terkenal sebagai institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir , dan di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan .




Mula dibina pada 969 Masihi , merupakan universiti tertua yang kedua ditubuhkan dan masih beroperasi selepas universiti al-Qarawyin di Fes , Maghribi .


Universiti al-Azhar dibina oleh Kerajaan Fatimiyyah ( 909 - 1171 Masihi ) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya .

Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar .


Sesungguhnya al-Azhar telah melahirkan pelbagai ulama' , cendikiawan , sarjana islam yang hebat seperti Syeikh Muhammad Abduh yang menggembleng tenaga bersama Syeikh Jamaludin al-Afghani .


Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negara pada tahun 1882 Masihi kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi .

Semasa menjalani hukuman , Syeikh Muhammad Abduh pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa bersama Sayid Jamaludin iaitu gurunya .


Syeikh Muhammad Abduh memiliki sifat keperibadian yang tinggi .

Beliau berani menyatakan idea - idea nya walau terpaksa berhadapan dengan rintangan yang hebat dan besar .


Beliau berani menyatakan kebencian rakyat Mesir tentera Inggeris kepada tokoh - tokoh Inggeris semasa mengunjungi London pada 1881 .

Beliau juga mendesak agar tentera Inggeris segera keluar dari bumi Mesir kerana Islam ditegah memberi ketaatan kepada yang lain daripada islam .


Antara tokoh kontemporari yang dilahirkan oleh Al-Azhar ini adalah ;


1 . Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qadrawi


2 . Dr Abdul Halim Mahmud


3 . Syeikh Mahmud Syaltut


4 . Syeikh Mustafa al-Maraghi


5 . Syiekh Muhammad al-Ghazali


6 . Syeikh Saiyid Sabiq


7 . Syeikh Ahmad Yaasin


8 . Abdullah Nasir Ulwan


9 . Dr Mustafa as-Siba'ie


10 . Syeikh Sa'id Hawwa .


Wallahu'alam

No comments: