Saturday, July 2, 2011

Biografi Ustaz Kazim Elias al-Hafiz


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad


Saya bukan nak membanggakan sesiapa just mahu korang jangan pandang sebelah mata tentang kehebatan seorang Ustaz . Paling penting , dia ni merendah diri dan pandai melayan tetamu .

Harini , saya nak cerita sedikit lah , apa yang saya ada . Kalau salah , harap diperbetulkan .

Ustaz Kazim anak kelahiran Perak ini , telah menarik perhatian ramai pihak .

Kalau dahulu , seorang anak kecil yang riang masuk je dalam kereta memasang vcd Upin Wal Ipin . " Sahih , Sahih , Sahih , " kini , yang kedengaran di halwa telinga mereka ialah Ceramah Ustaz Kazim Elias al-Hafiz .

Seorang kanak kanak juga menyukai ceramah Ustaz , mengapa ?

Cuba dengar Video ni . Dan anda nilai ;


Baiklah , saya nak buka minda tuan - tuan lagi .


( gambar pagi 3 julai )

ini ialah gambar yang diprint screenkan dari fan-page Ustaz Kazim . Seramai 258 , 912 Orang yang like page Ustaz Kazim . Tuan- tuan baca betul - betul , saya tulis seramai 258 , 912 Orang . ye . Maknanya , bukan hanya orang islam yang like page Ustaz Kazim , yang tak tutup aurat ada , yang tak solat ada , yang muaalaf ada , yang kafir pun ada , . Subhanallah .

Saya nak tanyalah , kalau kita sebagai umat islam , ada tak kita like paderi diorang , sami diorang ? tak ada kan ?

Apa method yang Ustaz Kazim gunakan ?

Insan kelahiran 28 November tahun 1972 ini menarik minat ramai pendengar ceramah dengan ceramah nya yang petah , santai , bersahaja , berfakta dan mudah difahami . Satu lagi , beliau tak maki hamun orang !

Ustaz Kazim ketika ditanya diantara method ceramah lawak atau serius berfakta , mana yang lebih baik .

" the right men in the right job . " jawab Ustaz .

Maknanya , sesetengah orang sesuai dengan ceramah lawak , dan ada yang tak lawak sangat tapi sangat sangat berfakta seperti Ustaz Zahazan Mohamed .

Ustaz Kazim menyatakan lagi , saya adalah " guru Tadika " kepada orang yang baru nak mengenali islam , baru nak berjinak-jinak dengan islam .

" Jarang ada Ustaz macam ni . Sebab tu , ana ambil usaha untuk mempromote-kan Ustaz Kazim dalam FB . " kata Admin FB Ustaz Kazim Elias .

Pengetua kepada Pusat Pendidikan al-Barakah yang juga adik kepada YB Batu Kurau , Najmuddin Elias al-Hafiz , mula berceramah semenjak tahun 1990 , kini mula mendapat perhatian .

Nama Ustaz Kazim semakin meningkat setelah mendapat lamaran dari pihak TV9 dalam rancangan Tanyalah Ustaz . Rakaman yang dibuat pada bulan Disember 2010 telahpun ditayangkan pada 2 dan 3 Mac dengan tajuk Jangan Mengeluh : Berdoalah .

Jangan Mengeluh : Berdoalah
( bahagian 1 )
Jangan Mengeluh : Berdoalah ( bahagian 2 )

pada 26.05.11 pula , Ustaz Kazim telah bergandingan dengan Ustaz Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Ridzuan Tee Abdullah dalam Forum Perdana Ehwal Islam di Tv1 secara live dengan tajuk " Virus Soksek " . Rakaman boleh didapati di Facebook , "Forum Perdana Ehwal Islam "

Ustaz Kazim juga mendapat tempat di majalah anis keluaran April .


dan terbaru , Ustaz Kazim menjadi cover besar untuk majalah I terbitan karangkraf keluaran Jun .


" Cerciter cerciter . Kita bakor je . ceAngkat tangan macam saye ~ " ceramah Ustaz Kazim yang menggunakan ayat Syed Muhammad Asri atau lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha . Yang terkini dengar citer Ustaz akan berganding dengan Usop Wilcha 23.7.11 . Wallahu'alam .

Korban Cinta di Karangkraf

Namun begitu , ada juga yang membenci dengan Ustaz ni , biasa lah . Standard la tu , nabi Muhammad yang maksum tu pun ada orang benci inikan pula kita yang hina dan dhaif .

Wallahu'alam bissawab .


3 comments:

Amy said...

do not judge book by its cover!

wak long said...

ceramahnya x m'bosankan...ada variety yg buatkan kita seronok mengikutinya...beliau masih muda n berpotensi besar menjadi ulama tersohor pd satu hari nanti...Insyallah!

man telo said...

bleh lak tu nyanyi lagu2 Melayu lama...satu yg luar biasa...jarang ada pd penceramah2 agama kita...