Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum Warah Matullah , Allahumma Solli Ala' Muhammad
Berjumpa dengan ulama itu nikmat. Apalagi ulama itu seorang yang kita cintai ilmunya kerana kita cintakan nabi Muhammad S.A.W.
Peluang diberi kepada saya, untuk berjumpa ulama muda bernama Don Daniyal Don Biyajid. Ustaz Don ketika saya temui di studio TV al-Hjirah. Kami sampai ke sana dari Shah Alam lebih kurang 2-3 minit rancangan yang dikendalikan beliau akan keudara. Masuk je kami ke dalam studio tersebut kelihatan kelibat Ustaz Don sedang bersedia untuk ke udara.
Tahu tak siapa yang beri salam kepada siapa?
Ya. Ustaz Don yang setart dulu.
Banyak orang kenamaan yang saya temui apabila bertemu tidak memberi salam melainkan orang yang memberi sapaan salam terdahulu kepada dirinya. Berbeza dengan ustaz Don.
Seusai 30 minit Ustaz Don Episod Sujud bahagian 3, Ustaz Don ditemuramah oleh wartawan sebuah majalah nombor 1 Malaysia. "Saya tidak mahu ada sebarang gambar mendedahkan aurat artikel saya." Ustaz Don ketika ditemuramah sempat menegur vlogger nombor 1 kita,
"Bila jumpa dia kirim salam kat dia." Video dia buat bagus. Tapi...ada benda tak betul dalam video dia. Orang yang mengaji dia tau la..."
Begitu hikmah Ustaz Don menegur. Dalam satu siri 30 minit Ustaz Don, Ustaz Don menegur seorang hamba Allah yang mengaji, "Puan, sedap bacaan puan tetapi... saya belajar macam ni."
Ya Allah, berilah hikmah kepada kami :)
Dalam siri wawancara bersama Ustaz Don tersebut, Ustaz Don menyebut bahawa as-Syeikh Fuad Kamaluddin tidak menyalahkan menonton filem bollywood tetapi pandai-pandai lah jaga diri. Ketika itu, ustaz Don sedang mengulas yang dia juga manusia biasa meminati Linkin Park tetapi tidak mengikuti budaya mereka. Antara yang Ustaz Don sebutkan rapper yang dia minati ialah Boona.
Saya ingat lagi, seusai tamat sesi temuramah, saya baru tahu bahawa besok hari ustaz Don bakal
pergi ke umrah buat kali pertama. Ustaz Don berkemas-kemas untuk bersiap. Kotak separa besar diangkat Ustaz Don. Namun Ustaz Don tidak mahu ditolong. "Dosa saya pun saya tanggung.". Subhanallah. Moga Allah perbanyakkan lagi umat seperti Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid al-Hafiz!
#Artikel diatas telah diolah gaya bahasa kata-kata Ustaz Don. Sebab saya tak ingat susun kata Ustaz Don. Sorry :)
Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum Warah Matullah , Allahumma Solli Ala' Muhammad
9 Rejab 1433 bersamaan hari Rabu 30 Mei 2012, saya telah
ditemuramah (panggilan hangit) disalah sebuah radio streaming. Kebetulan,
juruhebah tersebut merupakan sahabat karib saya, tempat saya berkongsi idea dan
mencakna minda saya.
Tajuk yang dikongsikan berkenaan etika pakaian.
Juruhebah bertanya kepada saya, adakah terdapat halangan
untuk saya selaku lelaki yang berbadan besar untuk mengenakan pakaian.
Saya jawab mudah. Tidak ada. Saya seringkali kelihatan
keluar ke rumah, untuk ke masjid atau surau mengenakan pakaian yang gelap iaitu
bewarna hitam. Jubah yang dikenakan oleh saya, adalah unik. Kata orang,
satu-satunya jubah didunia. Jubah selalu dikaitkan dengan pakaian orang tua.
Disebabkan itu, jubah saya memang unik kerana bertulangkan selain daripada
warna jubah itu.
Terdapat beberapa koleksi jubah yang saya pakai. Antaranya
ialah hitam tulang merah. Saya juga tidak ketinggalan mengenakan pakaian yang
berwarna cerah seperti warna putih bertulang merah dan warna ungu bertulang
hijau muda.
Islam tidak menghalang fesyen, namun, ada batas-batas yang
perlu dijaga.
Misalanya, kita memakai jubah. Tetapi membuat lubang
dipunggung, tetap tidak boleh dipakai jubah tersebut sebab menampakkan aurat
kita. Ataupun kain jubah yang menampakkan susuk badan, tetap tidak boleh
digunakan.
Bagaimana pula sekiranya kita memakai kain ihram sahaja?
Kalau kita pakai buat jengjalan kat Malaysia… nanti timbul fitnah la
der. Tak payah pakai kalau macamtu. Lagi-lagi kalau pakai kain warna jingga.
Saya tidak berjubah 24 jam. Kadangkala saya memakai kurtha
pergi ke masjid atau surau. Saya rasa saya sudah kemas itu yang penting. Tidak
perlu berantai atau jeans yang terkoyak rabak. Tidak perlu. Mudah dan mencakna
minda. Yang penting juga, ialah pemilihan warna tersebut. Sahabat nabi pernah
membakar pakaian berwarna kuning. Maka nabi menrespon, supaya jangan membakar,
kerana pakaian tersebut boleh dipakai oleh wanita dalam ahli keluarga nabi
Muhammad.
Diakhir pertemuan saya dengan sahabat saya di internet, saya
mengakhiri temuramah tersebut dengan kata-kata yang ramai orang ingat ini ialah
hadis.
Kata-kata Syeikh Said Nursi Badiuzzaman :
“Allah menyukai pemuda yang berpakaian seperti orang tua.
Dan Allah membenci orang tua yang berpakaian seperti orang muda.”
#Kita ni cantik sebab ada pakaian, kalau tak ada pakaian...mak datuk.. menggerutu badan-badan kita. Nak muntah orang lain tengok. Semoga ada yang lebih molek daripada pakaian iaitu akhlak dan agama. Kerana pakaian boleh dipakai, tetapi agama dan akhlak, tidak boleh didapati dikedai dua ringgit. Ia tidak diwarisi, ianya dicari, dicari dan terus mencari...
Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum Warah Matullah , Allahumma Solli Ala' Muhammad
Nabi (S.A.W) pada satu hari, berjalan nak pergi masjid. Nabi
jumpa siapa? Nabi nampak sekelompok atau sekumpulan orang perempuan. Apa nabi
kata ;
“Wahai orang-orang perempuan. Bersedekahlah kamu dan
perbanyakkanlah istighfar.”
Kenapa nabi tiba-tiba datang, nabi cakap macam ni pada orang
perempuan tu tadi?
Sebab nabi kata ,
bahawasanya “Aku tengok golongan yang paling ramai sekali dalam neraka
daripada golongan kamu ;orang perempuan.”
Kemudian, salah seorang perempuan yang ada dekat situ
bertanya kepada nabi,
“Ya Rasulullah, apakah sebab kebanyakan kami ini masuk
tergolong dalam ahli neraka?”
Apa kata nabi? Nabi sebutkan kaum wanita suka mencerca. Kaum wanita suka mencerca dan melupakan jasa
suami.
Perempuan mudah masuk syurga namun perempuan juga mudah
untuk masuk neraka.
Dunia ini Allah ciptakan cukup baik, cukup elok. Allah tak
jadikan atas muka bumi ni lelaki semua. Lepas saya tengok muka folan, jumpa
pulak muka folan yang lain, lepas tengok muka folan yang lain tengok pulak muka
folan yang seangkatan dengannya. Lepas berjanggut, berjanggut, lepas
berjanggut, berjanggut. Allah tak jadikan macam tu.
Eloknya ciptaan Allah, Allah jadikan ayat dalam surah
an-Nisa, Allah letakkan martabatkan kaum wanita dalam surah an-Nisa surah yang
keempat. Al-Fatihah dulu, kemudian al-Baqarah, Ali Imran dan kemudian an-Nisa.
Menyatakan betapa pentingnya kaum perempuan ni tadi.
Anak-anak yang bermasalah pun boleh berbalik jadi baik
semula dengan syarat si ibu ni tadi mesti jadi baik dahulu. Bila masa nak jadi
baik ?
“Esok nak kahwin nanti jadilah baik.”
Boleh jawab macam tu?
Anak-anak yang akan dididik oleh seorang ibu yang baik
sekiranya sampai masa anak itu tadi diuji dengan ujian masalah sosial atau
moral, boleh berpotensi menjadi baik semula dengan syarat ia dididik dengan ibu
yang baik. Bukan bila nak mengandung baru nak bertaubat.
“Eh, apasal tiba-tiba awak pakai tudung ni?”
“Taubatlah bang, perut dah sembilan bulan.”
Tak jadi,sebab apa? Kepentingan ibu diletakkan bila mana
anak-anak yang dikandung ini tadi dia meng-imitasi perangai si ibu. Sekiranya
si ibu ini baik, maka anak yang dalam kandungan itu dia akan jadi baik . Baik
anak tu lelaki, ataupun anak tu perempuan. Ibu mempunyai pengaruh yang cukup
besar kepada anak-anak .
Cuba
tanya kepada si ibu yang mengandung. ( si bapa yang mengandung tak ada ye).
Tanya kepada mana-mana ibu yang perut mengandung, pernah
atau tidak terfikir untuk meletakkan perutnya ditempat lain?
Cuba
je tanya, awak yang bertanya pulak janganlah datang-datang je kat akak tu , “pernah
terfikir tak nak meletakkan perut akak tu?”. Janganlah macam tu, datang…beri
salam, tanya khabar, dan mintak izin nak bertanya. Kan elok macam tu, kalau yang lelaki datang
dengan berkopiah.
Daripada setitis mani, Allah jadikan menjadi seketul darah,
kemudian tukar pulak menjadi segumpal daging, kemudian daging tu dibalut dengan
tulang, kemudian dibalut lagi dengan daging. Kemudian ditukar menjadi satu
bentuk , rupa bentuk yang lain dalam tempoh sembilan bulan.
Saya yakin dan pasti, pasti si ibu mengatakan tidak nak
meletakkan sekejap perut. Nak pergi bilik air bawak, pergi jalan-jalan bawak.
Ini yang dimaksudkan anak mengimitasi perangai ibunya. Walaupun nanti, anak ini
akan diuji dengan masalah sosial, moral dan sebagainya.Potensi untuk anak ini jadi
baik sangat tinggi. Berbanding dengan si ibu ini sendiri dari awal bermasalah.
Pesanan kepada bakal-bakal ayah;
Pilih elok-elok , pilih yang beriman. Nabi bagi galakan
untuk kita pilih calon isteri. Ada
empat. Ada
keempat-empat ni pun takpe, ada dua daripada empat pun takpe.Yang penting
isteri ada iman.
Kalau kata tak ada iman, awak tanya kepada satu orang. Nak
pilih calon isteri nanti yang macam mana? Si Folan ni pun jawab, “Saya nak yang
macam model, rambut kuning ikal mayang, tinggi dan dia pakai kasut tinggi, nak
yang badan dia saiz 30, 24, 24.”
Fuh mantap, tetapi jangan bayangkan. (TIDAK MERUJUK KEPADA
SIAPA-SIAPA)
Tak kisahlah, apapun pilihan dia, walaupun ada yang memasang
niat, “kalau bukan kita, siapa lagi yang nak bawak orang ni nak jadi baik?”
Bagus niat murni tersebut,tetapi satu perkara yang perlu difikirkan, MASA
HADAPAN.
Sekiranya ada ilmu atau skill, maka silakan, dalam kitab
Muhimmah, karangan Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdur Rahim Fathani memuatkan satu
hadith, bahawa nabi menyatakan pengharaman tubuh wanita jika kita kahwin kerana
benda tersebut.
Berbalik kepada orang perempuan, satu hadith nabi daripada
Abi Hurairah menceritakan perihal 2 golongan pada akhir zaman.
Golongan pertama,
harini banyak dah, yang ketatnya. Atas pakai baju tapi bawah pakai skirt.
Sesetengahnya terbuka, sesetengah terbuka. Ada yang pakai kain yang panjang, tetapi tali
(dibahu) ala-ala halus je. Jangan kata gunting, tarik pun putus.Itulah
berpakaian tetapi bertelanjang.
Satu baju perempuan, baju kurung. Mengapa dinamakan baju
kurung?
Tujuan dinamakan baju kurung dan rupa baju kurung memang
macam baju kurung memang bertujuan untuk mengurung orang perempuan. Tetapi
orang kini buat “kurungan’’ tersebut dengan transparent.
Kain baju yang pada asalnya tebal, ditukar menjadi halusss je. Lepas tu, tambah
extra baju tight. Ini semua termasuk dalam ketegori berpakaian tetapi
bertelanjang .
Lebih parah lagi, diaorang ajak orang lain pakai macam
diorang.
“Apa pakai jubah? Sekarang ni dah tak trend dah. Pakailah transparent.” Wooooo
Dan disebut lagi dalam hadith berkenaan golongan pertama ni
tadi, memakai tudung berbonggol unta.
“Saya tak bolehlah ustaz, rambut saya panjang.”
Kalau panjang, ikat! Tetapi jangan ikat dan gantung dekat
atas, gantung dekat belakang leher. Tak ada masalah.
Bonggol dekat tudung bagai, macam ketumbuhan. Bangga pulak
tu, “saya bonggol unta dan saya masuk tv.”
Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum Warah Matullah , Allahumma Solli Ala' Muhammad
Definisi
•Tamadun berasal daripada kalimah arab “maddani’’
yang membawa dua maksud iaitu peribadi akhlak yang baik dan pembukaan sebuah kota.
•Civilization yang bermaksud tamadun berasal dari
bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar .
Ciri-Ciri Tamadun Islam
•Rabbani.
•Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
-Wahyu al-Quran dan as-Sunnah sesuai dengan fitrah
manusia.Jikalau ditanya kepada kita, apakah hukuman selayaknya diberikan kepada
pembunuh.Maka jawapan kita ialah bunuh. Bunuh balas bunuh = Hudud.
•Tidak membebankan.
-Syariat Allah tidak membebankan dan kebiasaanya dan keadaan
tertentu diberi rukhsoh. Sekiranya membebankan tidak melampau batas.
Misalanya bab puasa. Tidak ada orang yan berpuasa mati. Bahkan yang banyak
makan yang mati.
•Sempurna dan menyeluruh.
- Al-quran menceritakan daripada benda sekecil semut bahkan
lebih kecil daripada nyamuk hingga ke alam semesta. Di dalam islam terkandung
adab memasuki tandas hatta kepada pembinaan sebuah negara.
•Seimbang.
-Tidak meninggalkan urusan dunia disamping mementingkan
urusan akhirat.
•Sesuai sepanjang zaman.
-Al-Quran yang ada pada zaman nabi adalah al-Quran yang sama
ada pada tangan kita.
•Terbuka dan toleransi.
-Bebas mengamalkan adat budaya (cth: kain pelikat dll) yang
tidak melanggar syariat.
•Kesatuan dalam kepelbagaian.
-Islam bukan milik individu, semua bebas menganutinya.Tidak
kira warna kulit,bangsa,tutur bahasa berlandaskan konsep Ummah.
Perlaksanaan Ke Arah Kemajuan Tamadun
•Menghayati sirah Nabawi.
- Nabi seorang hakim yang adil,panglima peperangan, seorang
suami yang romantik dan lain-lain.
- Salahudin Ayubi menakhluki beberapa tempat dari tentera
salib berlandaskan sistem peperangan yang pernah dilaksanakan oleh Nabi.
•Menerapkan nilai-nilai agama.
•Membangunkan tradisi ilmu.
-Sultan al-Fateh memanfaatkan gerhana pada 22 Mei 1453 untuk
mendapatkan Kota Konstatinopel. Tentera Salib menyifatkan, gerhana sebagai
sesuatu yang malang.
•Peranan cerdik pandai.
- Cth: 23 orang termasuk ulamak dan hukamak berkumpul di
sebuah hotel untuk menyelesaikan masalah. Pihak KUIM tempat saya belajar juga menghantar wakil melihat program tersebut.
Faktor Perkembangan Tamadun
•Kedudukan geografi yang strategik.
•Peranan agama.
•Komitmen dalam etika dan nilai moral.
•Ekonomi.
•Kesatuan masyarakat.
•Interaksi dengan tamadun lain.
Faktor Kejatuhan Tamadun
•Perpecahan organisasi pentadbiran.
-Berlaku penyelewangan kuasa dalam kerajaan Melayu
Melaka sehingga Portugis berjaya menguasai Melaka dengan mudah.
•Ketidaksamaan ekonomi.
•Keruntuhan nilai moral.
•Bencana alam.
-Kaum Ad kaum Nabi Hud musnah disebabkan angin kencang.
-Kaum Nuh musnah disebabkan banjir besar.
-Firaun musnah ditenggelamkan dalam laut merah.
Sesi Soalan
1). Adakah tamadun lain mengikut tamadun Islam?
- Ya, misalanya sebagai contoh mereka mendakwa bahawa ilmu
matematik seperti kubik dan algebra berasal daripada mereka. Tetapi perkara ini
dapat disangkal kerana ilmu ini diasaskan oleh al-Khawarizmi.
2). Mengapa nabi Muhammad S.A.W tidak diturunkan membina
bangunan?
Dalam satu majalah, Majalah “IMAN” isu nombor 2, mengapa
nabi tidak diutus membina jambatan? Kerana orang jahiliyah sendiri mahir dalam
bidang tersebut. Mereka hanya lemah dalam pembinaan kerohanian.
Tamadun terdahulu, kaum Thamud hebat dalam mengukir rumah daripada bukit.
Tetapi, mereka tidak ikut terhadap apa yang disampaikan oleh nabi mereka.
Bukanlah nabi mereka yang mengajar dalam pembinaan rumah tersebut tetapi kaum
itu sendiri.
Tambahan lagi, diwaktu sirah nabi Muhammad, sudah wujud
tamadun besar iaitu Tamadun Parsi dan Tamadun Rom.
Ada satu hadith nabi kata kat sahabat;
"Kamu semua lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu."
Kesimpulan
•Tamadun dalam erti kata lain adalah pencapaian manusia
dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip,
seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang,
politik dan sebagainya yang bersumberkan al-Quran dan as-sunnah.
•Terdapat pandangan menyatakan tamadun Islam terletak
pada keluasan empayar. Pendapat ini salah! Empayar merujuk kepada kawasan yang
dijajah secara kasar dan secara rampasan. Sedangkan kita tahu, bahawa Islam itu
bukannya “TERRORIST”.
Seorang anak kecil yang dapat diselamatkan melalui pembedahan terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan bom. Namun tidak bagi ibunya, ibunya tidak dapat diselamatkan oleh doktor pakar yang bernama Dr.Honma .
Peristiwa yang menyayat hati inilah disamping membalas jasa Dr.Honma menjadi pendorong untuk dia menjadi seorang manusia yang berskapel dan menjadi permintaan orang ramai dalam pembedahan kerana dia bukan insan yang biasa, dia bukan Black Jack, tetapi dia Dr.Black Jack!
Hand of god
‘El pibe de oro’ (the golden boy) atau nama sebenarnya Diego Armando Maradonna, beliau seorang pemain bola yang hebat dalam World Cup 1986. Apa pula kaitan dengan animasi Dr.Black Jack? Kiranya, Madonna ni hebat kerana dianugerahkan nama gelaran. Dr.Black Jack juga tidak ketinggalan memiliki nama gelaran.
Kedengaran agak bodoh, tetapi itulah jalan ceritanya. Dr.Black Jack memiliki nama gelaran kerana dia tersangat hebat dalam bidang kedoktoran walaupun dia tidak memiliki lesen dalam bidang kedoktoran. Saya suka mengaitkan kisah Dr.Black Jack ini dengan pahlawan agung islam Khalid al-Walid.
Khalid al-Walid telahpun dipecat oleh khalifah Umar bin al-Khattab kerana mahu menukar pemikiran umat Islam bahawa mereka menang dalam peperangan kerana kehendak Allah dan bukan kerana makhluk iaitu Khalid al-Walid. Asal Khalid al-Walid masuk berperang je confirm menang. Asal menang je confirm sebab Khalid al-Walid jadi panglima peperangan.
Berbalik kepada kisah Dr.Black Jack, mengapa saya buka kisah Khalid al-Walid? Jalan kisahnya hampir sama, asal Dr.Black Jack masuk bilik pembedahan je, confirm pembedahan laksana dengan jayanya. Dari situ timbul gelaran untuk Dr.Black Jack; the hand of god.
Bayaran Pembedahan hand of god
Sewaktu nabi Muhammad menghantar Muadz bin Jabal menjadi gabenor, nabi ada memesan:
Lelaki yang hebat dalam bidang kedoktoran tanpa memiliki lesen yang sah ini juga terkenal dengan bayaran pembedahannya itu. Doktor bedah yang berwatakan pendiam tetapi cool ini mengenakan bayaran yang terlampau tinggi dan agak sukar dipenuhi tuntutan oleh orang awam.
Namun begitu, masih ramai orang yang bergantung harapan pada the hand of the god ini. Jangan ditanya mengapa, anda sudah tahu jawabannya. Seolah-olah dia mampu menyelamatkan nyawa setiap penyakit kritikal yang dibedahnya. Sepertinya dia malaikat maut yang kedua. Jadi tidak hairanlah mengapa dia digelar the hand of the god.
Nabi menyuruh kita permudahkan dan jangan memayahkan. Tetapi, lelaki bertangan tuhan ini seperti mahu ‘mencekik darah’.Disini, saya tampil untuk memberi pandangan.
Pandangan saya menyatakan, Dr.Black Jack sengaja meletakkan keadaan yang tertekan kepada yang orang yang mahu pesakit dibedah kerana mahu menguji kesungguhannya berkorban harta.
Kita seperti bola angin yang ditekan kedalam air, makin ditekan semakin sakit dan apabila dilepas, akhirnya bola itu akan naik keatas dengan lajunya. Itulah keupayaan manusia apabila dia tertekan.
Apabila kita belajar berkenaan syariah, akan ada salah satu prinsip umum syariah islam iaitu beban yang sedikit. Islam itu mudah tetapi jangan dipermudahkan. Tidaklah kerana islam itu mudah lantas tiada bebanan langsung. Bahkan dalam surah al-Baqarah, Allah kata Allah tidak membebankan kita dengan bebanan yang kita tak tertanggung. Bebanan itu nampak beban, tetapi ianya dapat dilaksanakan oleh kita. Misalanya puasa, tidak akan ada orang yang berpuasa mati kelaparan. Tetapi orang yang berbuka puasa makan banyak tu ada kes kematian.
Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah apabila sesuatu perkara itu apabila kita dapat melalui cabaran atau tekanan, maka mudah untuk kita hargai. Tetapi, jika sesuatu perkara itu kita dapat secara free atau turun temurun maka lihatlah pengabaian yang kita lakukan. Tidak payah pergi terlalu jauh, lihat sahaja pada agama anutan kita. Adakah secara warisan atau pencarian?
Jangan menonton animasi ini hanya berhibur dan kemudian mengkritik, “apalah Dr.Black Jack ni tamak!” tetapi hayatilah pengajaran disebalik cerita. Tidak semua orang yang dikenakan upah yang mahal. Malah, ada sesetengah keadaan Dr.Black Jack beri perkhidmatan secara percuma. Bukanlah bermaksud Dr.Black Jack sudah terlalu kaya sehingga tidak mahu menerima wang lagi tetapi atas dasar hubungan sesama manusia.
Kesimpulan
Wujudkah lelaki bertangan tuhan? Mampu melambatkan proses kematian? Oh tidak! Itu semua hanya disebabkan pengalaman dan mungkin anugerah tuhan. Malaikat sendiri belum tentu berupaya mengambil nyawa seekor semut tanpa keizinan Allah. Malaikat sendiri tidak mampu mempercepatkan proses kematian tanpa keizinan Allah . Malaikat tidak berupaya melambatkan proses kematian jika tidak diizinkan Allah. Dimana diri kita?
Sekiranya anda mengaku atau mempunyai sahabat yang bertangan tuhan, nyatakan kepadanya “mampukah anda menahan matahari daripada terbit atau terbenam?”
Jahala jahil tidak memahami , Huru-hara hidup tidak selamat , Tiada utusan dan kitab suci , Rosak akidah pegangan sesat .
Bermula di Hijaz hadhari islam , Menukarkan corak kehidupan masyarakat , Zaman jahiliyah akhlak terbenam , Datang nabi memimpin dunia akhirat ,
Arab Jahiliyah dua kategori , Badwi digurun dan pedalaman , Dipersisiran pantai si puak hadhari , Perilaku yang jahat jadi amalan ,
Lelaki sejati lelaki berani , Meminum arak sehingga mabuk , Wanita tidak dapat mewarisi , Harta pusaka walaupun habuk ,
Menanam bayi sejurus dilahirkan , Bayi ditanam berjantina perempuan , Takut anak menari separuh pakaian , Menjatuh maruah menurut sangkaan .
Diinjak-injak maruah wanita , Dalam hal harta tak terkecuali , Berkahwin banyak dalam satu masa , Atau dengan orang yang digemari .
Kabilah merompak barang dagangan , Wajib merompak mencari makan , Peniaga hanya pentingkan keuntungan , Riba dan penindasan dijalankan .
Empat kepercayaan sesat beragama , Agama Wathani menyembah berhala , Agama Majusi api dipuja , Animesme pula menyembah dunia , Turut percaya bab karut belaka , Yahudi nasrani diubah manusia .
Waraqah Bin Naufal pendeta yang buta , Uthman bin Huwairith agama diturut , Abdullah bin Jahsh pengikut hunafa , Agama hanif mereka menganut .
Taksub terhadap kabilah kendiri , Syeikh dianggap menyatukan ahli , Ahli terdiri suku tersendiri , Memiliki peraturan dan identiti .
Syeikh dilantik ahli kabilah , Dilantik atas sepakat masyarakat , Fikiran matang berani dan gagah , Pandai berpidato antara syarat .
Semangat as-sobiah semangat kesukuan , Semangat melampau pencetus peperangan , Berstruktur dari sesebuah kumpulan , Sistem kabilah berasas keturunan .
Setiap puak tinggal dalam kelompok sendiri , Mempunyai peraturan yang kabilah tetapkan , Perasaan kesukuan sifat yang dikeji , Sifat kesukuan punca persengketaan .
Sifat yang keji faktor geografi , Bumi yang panas dan tanah yang tandus , Membela maruah kabilah dan diri , Hidup bekerjasama masalah dikambus .
Peperangan al-Basus penuh bahang , Antara bani Bakar dan bani taghlib , Sebab yang kecil 40 tahun berperang , Bani Bakar membunuh si bani taghlib .
Nabi Muhammad berketurunan pemerintah , Qusai Bin Kilab pemimpin dikenali , Lebih kurang 100 tahun mentadbir Makkah , Sebelum kelahiran nabi terpuji .
Telaga zam-zam wujud berkait rapat , Sirah nabi Ismail merengek kehausan , Berlari mencari air di merata tempat , Kerana si ibu tiada susu dibadan .
Insan kelahiran lembah Bakkah , Hari ke 12 di musim bunga , Tarikh termaktub pada Tahun Gajah , Muhammad terpuji dinamakan datuknya .
Abdullah ke Syams pergi berdagang , Singgah di Yathrib sebelum pulang , Sakit pula datang menyerang , Syaibah pun kurang anak seorang .
HalimatusSa'diah ibu sususan , Memelihara nabi satu harapan , Walaupun susu tiada dibadan , Mulut diputing susu berlebihan ,
Unta yang uzur pecut kehadapan , Membawa nabi ke kampung halaman , Halimatus Sa'diah tercengang kehairanan , Rahmat nabi keatas seluruh kehidupan .
Aminah Binti Wahab ibu baginda , Suratan ilahi meninggal dunia , Yatim piatu nabi menimpa , Ketika genap enam tahun usia .
Harini saya nak share satu perbualan antara saya dengan seorang hamba Allah yang mengadu kat saya . Diharap yang membaca ni tak ada penyakit lemah semangat bila duduk sengsorang dalam bilik . Penceritaan dalam cerita ni telah diolah , kerana saya tak berapa nak ingat jalan cerita nye...
Hamba Allah : Assalamu'alaikum , apa pandangan awak kalau kita , ter ... ternampak arwah roh orang yang kita kenal ?
Penulis : Ok , menurut buku yang saya baca , awak kenal bukan dengan Tuan Guru Harun Din ?
Hamba Allah : Kenal sangat .
Penulis : Ok , beliau menyatakan didalam satu buku beliau , " Menjawab Persoalan Berkaitan Makluk Halus " , roh tidak akan kembali ke alam nyata . Di dalam kubur , sama ada roh sibuk dialam kubur , di azab atau sedang menikmati juadah bayangan syurga .
Saya berikan contoh saya pulak , dahulu kita dari alam rahim , dan alhamdulillah kita sekarang berada di alam nyata . Soalan saya , boleh atau tidak kita kembali ke dalam rahim ibu kita ?
Hamba Allah : Tak boleh ...
Penulis : So , macam tu jugaklah dengan roh . Kalau roh dah dialam barzakh , macammana dia nak kembali ke dalam dunia .
Hamba Allah : Saya tanya soalan ni bukan apa , baru-baru ni saya ada bermimpi satu mimpi , saya bermimpi , berjumpa dengan seorang perempuan dengan wajah yang cantik mendakwa dirinya sebagai tunang saya . Tiba-tiba , wajahnya bertukar menjadi wajah yang sangat hodoh dan tangan kanannya mencengkan dadanya sendiri . Apa tafsiran mimpi tersebut ?
Penulis : Wallahu'alam , saya tak tahu , saya bukan berilmu sangat .
Hamba Allah : Ok takpa , hmmm ... saya duduk dalam bilik ( asrama ) sensorang kadang-kadang terdengar orang main bukak tutup lampu , paip air terbukak sendiri lah ...
Penulis : Saya nak tanya, abang ada atau tidak suka duduk dalam bilik sengsorang ?
Hamba Allah : suka jugak , rasa sunyi je .
Penulis : Abang ada tak tetiba je menangis ?
Hamba Allah : Ada , tetiba saya terjaga daripada tidur , saya menangis secara tiba-tiba !
Penulis : Mintak maaf , dalam buku yang saya baca ( Ustaz Sharhan Shafie ) , menangis tiba-tiba adalah salah satu tanda daripada jin . Abang ada tak mimpi jatuh dari tempat tinggi ?
Hamba Allah : Pun ada , jatuh dari gunung misalannya .
Penulis : Hmm , itupun tanda jugak .
Hamba Allah : Ada hamba Allah cakap , saya kemungkinan ada orang ''hantar'' . Saya geram kenapa diorang yang hebat-hebat ilmu diorang tak cakap yang saya ni di''hantar'' .
Penulis : Begini , Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang nabi yang teragung , dan baginda juga pernah disihir . Nabi S.A.W hanya mengetahui diri baginda disihir setelah Jibrail A.S turun memberitahu tentang perkara sebenar .
Kalau nabi yang mulia pun tak tahu tentang dirinya disihir ( atau di''hantar'' ) , takkan kita ( manusia biasa ) boleh tahu ?
Hamba Allah : Terus terang saya cakap , yang saya ni tak solat . Al-Quran pun saya jauh . Saya ni jugak gilakan perempuan . Saya nak jadi normal ...
Penulis : Gila perempuan ? macam mana tu ?
Hamba Allah : Ermm ,, kadang kakang suka tengok yang lawa . Kadang-kadang terpikir pasal seks .
Penulis : Hmmm ... , saya rasa abang ni patut pergi berubat . ( menurut satu laman sesawang , gilakan seks a.k.a nafsu tinggi berkemungkinan ada penghuni didalam badan . )
Hamba Allah : Darus Syifa ?
Penulis : Tak kisahlah kat mana pun . Saya nak tolong abang pun tak pandai , saya ni bukannya pandai dalam agama pun .
Hamba Allah : Ok takpa ...
Cerita berhenti setakat itu sahaja ...
Wallahualam , saya bermohon kepada Allah daripada kesalahan fakta berkenaan alam ghaib ...