Saturday, September 25, 2010

Ketawa didunia , Menangis diakhirah ?


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Ketawa ialah satu dari naluri-naluri atau tabiat semulajadi manusia. Seorang ahli falsafah Greek pernah menegaskan bahawa manusia itu binatang yang pandai ketawa, tetapi manusia tidak ketawa tanpa sebab, bahkan di sebalik ketawa itu, tersembunyi sebab dan pendorongnya yang tertentu.

Adakah boleh bergurau , berjenaka , dan seangkatan dengannya ? sebelum saya cakap boleh , ada huraian sedikit berkenaan gurauan .



Apakah istilah yang diberikan oleh Umar Abdul Aziz ?

" Takutkan lah jenaka kerna itu adalah kebodohan dan mendatangkan dendam ."

Imam Al-Nawawi berkata: "Jenis jenaka yang dilarang adalah yang berlebihan dan terus-menerus, untuk itu mengarah ke terlalu banyak tawa dan pengerasan hati, itu mengalihkan perhatian dari mengingati Allah ...."


Saad Abi Waqas berkata ;

" Tetapkan batas jenaka anda , supaya tidak melampau lalu menyebabkan anda hilang penghargaan dan menghasut orang bodoh . "


Ada juga orang berkata ;

Jumlah jenaka harus seperti jumlah garam dalam makanan seseorang.

so , kalau orang yang melampau lampau berjenaka tu confirm makan garam lebih sangat . haha




Nabi SAW berkata:

"
Jangan ketawa terlalu banyak, kerana terlalu banyak tertawa mematikan hati."

(Shahih Al-Jaami ', 7312)



'Umar bin Al-Khattab berkata: "Barangsiapa tertawa terlalu banyak atau terlalu banyak berjenaka akan kehilangan rasa hormat, dan sesiapa tetap dalam melakukan sesuatu akan dikenali untuk itu."

ha , betul tak ? tak percaya tengok la artis kita zaman sekarang...


"Jika anda tahu apa yang saya tahu, kamu akan tertawa sedikit dan menangis banyak."

Maksud Hadith nabi


Sebab apa nabi sekejap ketawa , sekejap menangis ? sendirian pulak tu ... sebab kisah turunnya Telaga al-Kautsar . Sahabat tengok nabi ..lain macam je nabi ... tapi sahabat tau yang sememangnya Nabi sedang menerima wahyu ..surah Al-Kautsar .

Ibnu Umar ditanya, "Apakah para sahabat Nabi tertawa?"
Dia berkata, "Ya, tetapi iman di dalam hati mereka adalah seperti gunung.
"


kita ketawa ketawa juga ., tapi iman kita ? macam cekedis ( biskut) , sekejap ade , sekejap tak ada . haha

Persoalannya sekarang ... Adakah nabi bergurau berjenaka ?

Ya , pernah .. dan kisah jenaka yang paling saya tak boleh tahan ialah kisah Nabi Muhammad bersama Saidina Ali ,

Kisah nya berbunyi begini ..

Ali makan 5 biji kurma , begitu juga nabi .. dah habis makan , Ali ambil sisa biji kurma itu letak kepada sisa biji kurma nabi ..

Ali berkata ; dahsyat kau ..lapar sangat sampai makan sampai sepuluh biji kurma..

Nabi Muhammad : Ali , walaupun aku makan sepuluh biji kurma , tapi kau lagi dahsyat ..aku lapar aku makan buah je .tapi kau lapar sampai makan biji biji sekali ...




So , kurangkan ketawa banyakkan lah menangis ...

No comments: