Tuesday, October 19, 2010

Solat pakai seluar jeans ?




Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad





Ustaz , apakah hukum memakai seluar jeans ? haram or not haram ?hehe

Jawaban bagi soalan anda itu senang sahaja .

pakai seluar jeans tidak ada masaalah ~ Kenapa haram ? tak haram lah , tak kira la kau pakai seluar jeans or seluar hantu . yang penting tutup aurat .


Janganlah solat pakai seluar jeans yang bila sujud nampak punggung . Orang lain tengok nak muntah . Bukannya cantik pun . Hitam je .

Begitu juga kalau ( lelaki ) pakai seluar yang terkoyak kecil ditengah , kau mesti pakai seluar dalam bukan ? selagi aurat ditutup . Sah solat anda . tapi , apakejadahnya solat nampak seluar dalam ? tak malu ?haha



Kalau seluar jeans ketat pula macam mana ?


Janganlah cari seluar jeans yang ketat , susah nak ruku' nanti , saya pernah darurat , pakai seluar jeans , time nak tahiyat tu , sudah macam ruku' , tak boleh nak tahiyat .


Solat anda inshaallah sah , tapi macam yang saya kata , elakkan memakai seluar jeans yang ketat kerana ia mungkin menganggu anda untuk solat secara khudu' dan seterusnya menganggu kekusyukan solat .

Apapun , hukum memakai seluar yang ketat ialah makruh .

Ustaz , saya ada dengar khabar sesetengah jeans ada lambang salib di tulang seluar . Kononnya konspirasi Yahudi nak mengenakan umat islam . Kalau begitu , apakah hukum memakai seluar jeans ?

Kau ada baju Real Madrid kat rumah ? kalau ada , kau tau apa hukum memakai baju yang ada tanda salib ? kan ada tanda salib kat logo Real Madrid , kecil je .

Fatwa menetapkan hukumnya haram ~ .

Kalau pakai buat jalan jalan pun dah haram , apatah lagi menggunakannya untuk solat ?


Cumanya , saya ada dengar riwayat , solat tetap sah , tetapi dosa haram memakai pakaian tersebut yang ditanggung .

Persoalannya , sahih atau tidak , seluar jeans itu mengandungi tanda salib ?


Wallahualam .

4 comments:

Cinta Madu said...

salam ustaz, macam mana pula dengan perempuan yang solat pakai seluar dan stokin? bila sujud tu macam nampak juga bentuk tubuh. tapi kalau ikut keadaan, tak semua masa sempat nak bawa telekung pergi mana-mana.

Syeikh Irfan سوراوالأمين شاه عالم سيكشن ١٨ said...

Salam ,
First sekali , saya bukan Ustaz.haha

Solat memakai stokin sah , bahkan sunat . Nabi sendiri menyuruh para Sohabat bersolat menggunakan kasut . Kalau solat memakai kasut pun sah , apatah lagi solat memakai stokin ?

Solat dikira sah dgn cara menutup aurat lengkap kecuali muka dan tapak tangan maka dibolehkan bersolat dengan pakaian tu takde najis . Perlu diingatkan , bawah dagu juga adalah aurat ketika hendak solat .

Sujud nampak susuk badan ? sebab tu islam menyuruh pakai tudung labuh . Islam tak suruh pakai tudung sahaja . Kalau boleh , tudung tu biarlah yang tebal , jgn bagi nampak dalam.

Apa yg saya tahu stakat ini , pakaian yg mnampakkan susuk badan perempuan tidak sah solatnya

Apapun , solat lah , jangan tak solat sebab tak bawak telekung . Alasan yg digunakan segan . Dalam Islam , segan utk bersolat bererti sombong dgn Allah .

Islam itu mudah, ttp jgn dipermudahkan .

Wallahualam bissawab. Saya menjawab apa yg saya tahu .
Nanti saya rujuk balik perkara ni , kalau salah , saya akn perbetulkan .

farish said...

Salam,saya ada jersey real madrid.tapi pada lambang salib yang ada dekat mahkota itu saya dah jahitkanya.jadi apakah hukumnya saya terus memakai jersey tersebut??

Muhammad Irfan ; Ibnu Rani said...

Qola ;

Salam Farish ,


erm .. saya tak dapat jawab soalan kau uh pasal aku xtau .haha

kau jahit ? aku pakai marker je .haha

menurut jawapan ustaz saya ( ustaz BashaSunnahar Bin Puasa )ialah ;

"kalu ada lambang salib hendaklah dibuang...kalu dah tak ada lambang salib tersebut maka ianya boleh diguna takde masaalah"


Wallahualam