Tuesday, November 30, 2010

Kitab Barzanji



Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,


Allahumma Solli Ala' Muhammad




Bacaan kitab Barzanji atau Marhaban amat popular dalam kalangan masyarakat Islam dirantau ini . Bacaan tersebut lazimnya diadakan di Majlis Akikah dan dan Majlis MaulidurRasul SAW . Bahkan ia turut menghiasi majlis Walimatul Urus , sehingga ia dianggap sebahagian daripada budaya masyarakat di rantau ini .

Kitab Barzanji dikarang oleh Imam Jaafar al-Barzanji al-Madani , seorang khatib atau imam di Masjid Nabawi dan Mufti Mazhab Shafie . Beliau meninggal dunia di Madinah pada tahun 1177 Hijrah bersamaan dengan 1763 Masihi .

Sebagai seorang imam di Masjid Nabawi sudah tentu beliau sering menziarahi maqam rasulullah SAW yang terletak di sebelah mihrab masjid tersebut .

Beliau ingin sekali mengajak umat islam mencintai nabi Muhammad SAW , selalu berselawat ke atas Nabi SAW , mengenal sirah dan perjuangannya , serta mengikut sunnah dan pengajaran baginda SAW .

Demi tujuan yang mulia dan suci itu , beliau telah mengarang kitab tersebut dengan uslub atau jalan bahasa yang indah dalam bentuk nathar .

Alhamdulillah , hasrat dan keinginan beliau telah dimakbulkan oleh Allah SWT , kerana kitab tersebut tersebar dibahagian alam islami termasuklah negara - negara kepulauan Melayu iaitu Malaysia , Singapura , Indonesia , Brunei Darus Salam , Filipina dan Thailand . Dalam kalangan orang Melayu , ia dikenal dengan nama "Rawi" .

Keistimewaan Kitab Barzanji dapat dilihat dari tiga aspek ;

* isi kandungannya menceritakan kisah hidup Rasulullah SAW , nasabnya sifat sifat utama yang menghiasi diri baginda dan lain - lain lagi .

* Menganjurkan agar memperbanyak solawat atas Nabi Muhammad , iaitu pada setiap awal dan akhir episod atau bab . Yang istimewa ketika sampai ke peringkat kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW , maka sekalian yang hadir dapat mebaca solat dan salam serta puji - pujian .

* Kitab barzanji dibaca dengan irama irama tertentu , sebagai daya tarikan kepada pendengar untuk menikmati isi kandungannya .

Orang orang yang berjiwa seni dan memahami sastera arab , pasti akan merasi betapa indahnya kitab berzanji ini . Bagi kita orang orang 'Ajam ( bukan arab ) yang kurang memahami bahasa arab , masih dapat menikmati keindahannya , iaitu apabila dibaca dengan irama lagu - lagu tertentu seperti Raqbi , Sikah , Banjakah , dan sebagainya . Apatah lagi kalau pembacanya mempunyai suara emas yang lunak dan merdu . Maka disinialah sebenarnya sebahagian daripada bukti mengenai betapa ketinggian seni dalam islam , selain daripada al-quran itu yang keindahannya tiada tandingan .

No comments: